Pages

the time is running ^_^

Tuesday, 18 February 2014

U.J.I.A.N

Assalamualaikum w.b.t..
hello uolls!!^_^

Fuh...betapa lamanye xupdate blog ni..huhu..macam-macam yang jadi and kesibukkan dan mood yang melanda memang betul-betul menghalang untuk meng-update new entry.. tapi alhamdulillah masih d panjangkan umur untuk meneruskan menaip new entry untuk blog yang tak ada tetamu ni...huhu..

tapi sebelum nak cerita about good news..moh ler kite bertazkirah sikit..huhuhu...UJIAN...bila kita dapat sesuatu ujian yang amat berat and susah kita nak terima and harungi, mesti kita akan mengeluh dan mengadu pada Allah kan?and kita mesti akan mengeluh dan kata "Ya Allah beratye ujian-Mu ni..kenapa aku mesti harungi ni semua..orang lain de ke??huh.."..kan??sebab RU sendiri pun suka cakap macam tu.. memang terbeban sangat kan bila di timpa masalah dan ujian ni?but, don't give up and try to make ourself up up up and up again...don't easily to down..

RU sendiri pun sepanjang bulan ni banyak beban yang bermain dalam fikiran ni..stress and always merungut dengan masalah yang di lalui..yang lawaknya, sampaikan, masa medical check-up hari tu,tekanan darah RU tinggi sangat...160 lebih aseye...sampai nurse tu terkejut and suruh datang cek semula..biar cool down dulu..huhu.. RU and kawan RU sendiri pun terkejut..tinggi bebenor..haha..tapi betul, stress sangat masa tu..tapi RU ni jenis suka simpan and bukan jenis mintak nasihat or pertolongan dari kawan-kawan.. (satu perangai teruk dari dulu.) 

and, sampaila satu masa, RU ada la contact dengan kawan-kawan yang lain..nak tau x??diorang pun ada alami pelbagai masalah..and de yang lagi teruk dari RU..and semua tu memotivasi kan diri RU..orang lain punya masalah ada yang lagi teruk dari aku..so, why aku tak boleh handle? sometimes, sebelum kita nak mengeluh dengan ujian yang Allah bagi kat kita, kita cuba pandang and kaji jugak masalah orang lain.. and cuba kita berfikir.. kenapa kita mengeluh cepat patah semangat, sedangkan orang lain lagi teruk..

so, kita jangan hanya pandang diri kita, tapi cuba pandang sekeliling kita jugak.. dan bandingkan.. so, lepas RU dengar pelbagai masalah kawan-kawan lain, RU jadi sedar.. ada yang lagi berat problem diorang, jadi kita kena try untuk manage kita punya masalah tu.. try solve the problem.. tanya pendapat kawan-kawan, mintak pertolongan mereka and saling share kalau ada masalah.. mana tau ada yang boleh membantu.. tak salah mencuba dan tak rugi pun kalau mencuba.. and ianya makin merapatkan hubungan kita jugak tau.. yang  tak kenal mana, jadi makin kenal dan ukhuwah tu makin erat ibarat keluarga.. such a nice relation right? 
so, sekian saja tazkirah dan bebelan entah apa-apa..huk9..

ok, good news!! alhamdulillah, pada 30/1/2014 keluarlah result kemasukkan degree untuk UiTM...huhu.. alhamdulillah, masih di beri peluang untuk melanjutkan pelajaran d peringkat ijazah.. well, dalam masa tak sampai sebulan, kami kena manage macam-macam..tak menang tangan..banyak benda nak kena selesai.. nanti untuk next entry, RU akan share pasal apa persiapan yang perlu di buat k..mana tau untuk masa depan, ada yang tercari-cari apa persiapan or list yang perlu di buat..huhu...

maybe 28/2 ni RU akan berangkat pergi ke UiTM..oh ye, RU dapat sambung degree di UiTM Puncak Perdana dengan kos IM244..kos apa tu??haha..next entry will be detail..huhu...

okay,,daaa...
wassalam..
~fi hifzillah~

Friday, 10 January 2014

sembang santai

Assalamualaikum w.b.t..
holla uolls!!^_^

malam yang dingin sejuk, angin kuat, diselit dengan penulisan yang santai untuk malam ni..huhu..sekarang di terengganu angin bertiup kencang sangat and suhu xsah ckp la..memang sejuk sangat-sangat.. tapi di kala kita merungut kerana kesejukkan ini, kita cuba diam sejenak dan berfikir macam mana pula keadaan umat Islam di Gaza dan Syria yang mengalami kesejukkan yang lebih lagi dari kita. kita sekurang-kurangnya ada selimut untuk memanaskan badan, ada rumah yang selesa untuk berteduh dan menghalang angin masuk tapi mereka?hanya sebuah khemah kecil untuk berteduh. betapa mereka lebih menderita dari kita yang masih di kira lebih beruntung dari mereka. Diam, Fikir, Merenung sejenak keadaan sekeliling kita... >_< "Ya Allah, jadikanlah aku seorang yang lebih bersyukur dengan nikmat yang telah Engkau berikan kepada ku"amin.. T_T

hari ni RU rasa seronok and nak share kat sini. hari ni RU dapat GAJI..huhuu.. gaji kedua kot, ke ketiga, xingat plak..huhu.hasil dari penulisan RU untuk satu blog ni..RU jadi penulis part time kat 1 blog ni.. so, hari ni di beri gaji.. seronok dapat duit..spe tak seronok kan??hehehe.. duit ni memang RU tengah kumpul untuk di gunakan untuk ke machang nanti.. RU dan kawan-kawan merancang bersama-sama untuk ke Machang buat clearance and nak keluar jalan-jalan...yeah!!

so, kami sekarang memang rancakla berbincang pasal penginapan, tarikh, perancangan dan nak pergi jalan-jalan ke mana...huhu..seronok and tak sabar nak ke sana and jumpa kawan-kawan..seronok-seronok jugak, tapi tiket tak beli lagi ni..hehehe..tarikh dah de..kami akan ke sana dalam 3-4 hari..insya'Allah.. hopefully semuanya berjalan lancar..amin...

em...okay, tu jela malam ni..xde pe dah nak  tulis..nanti makin panjang makin merapu..mentang2la sembang santai kan..haahha...sebelum orang yang baca entry ni pening,muak,annoyed, baek RU berundur dulu..hohoho...  :)

"Binnabil huda Ya Rasulussalam
Wayamursala rahmatan lil anam
‘Alaikassolatu wa’alaikassalam
Wasohbika wattabi’inal kirom"

*Dengan Nabi yang membawa hidayah
Wahai utusan rahmat sekalian alam
Selawat salam pujian untukmu
Para sahabat juga tabi’in yang mulia.

"Binnabil huda nahnu jundul huda
Sanabqi ‘alal ‘ahdi tulul mada
Bazzhalnaddima wartadhoinar-roda
Li nashril huda Ya Rasulussalam"

*Dengan Nabi yang membawa hidayah
Kami sambung perjuangan sucimu
Berkorban jiwa raga untuk agama
Janji taat setia selamanya

"Ya Mustofa Rasullallah
Ya Sanadi Ya Sayyidi"

*Wahai yang Terpilih, Utusan Allah
Kau sandaranku, Pemimpinku

"Sollu..Sollu, sollu, sollu..
Allahumma solli wassallim ‘ala sayyidina Muhammad wa aalihi Muhammad
Allahumma solli wassallim ‘ala sayyidina Muhammad wa sohbihi Muhammad.....

*Mari selawat beramai-ramai
Ya Allah, selawat atas baginda Muhammad, dan keluarganya
Ya Allah, selawat atas baginda Muhammad dan para sahabatnya.............. 

wassalam...
~fi hifzillah~
xoxo


Sunday, 5 January 2014

10 amalan hidup

Assalamualaikum w.b.t..
Holla uolls!! ^_^

Rasanya tak terlambat untuk ucap Selamat Tahun Baru 2014 untuk semua.  Semoga tahun ni kita menjadi seorang hamba-NYA yang semakin mendekatkan diri kita kepada pencipta yang satu, ALLAH s.w.t. Bila tahun berganti tahun, bermakna kita semakin tua dan menghampiri mati yang pasti. Sekian tazkirah hari ni..huhuhuhu… sekali sekala kita kenala saling ingat-mengingati antara satu sama lain. Tak susah dan tak penat pun. J

Penutup tahun 2013 dan pembuka tahun 2014 RU kali ni tak la seronok. Sebab mak ayah dan adik RU demam teruk. Tapi alhamdulillah mak dan adik dah beransur pulih. Tapi ayah RU masih lagi tak berapa sihat. Ya Allah moga kau sembuhkan penyakit ayah ku secepat mungkin. Dah dekat 2minggu dah mereka demam. Dan maka RU telah memegang jawatan ketua keluargala..hehehe.. macam-macamla kena wat, masak tapi tak masak sangat pun. Pagi-pagi pukul 7pagi, hantar adik ke sekolah. Lepas tu kemas rumah, basuh pinggan, sidai kain dan sebagainya lah.. Then pukul 1pm pergi ambik anak sedara darjah 1 kat sekolah plak. Pukul 2pm ambik adik kat sekolah menengah plak.. haha..macam-macamla RU buat.. pergi buang sampah, pergi beli makanan, pergi isi air sukida dalam geleng besar..huhu..penat..macam tula mak ayah selalu buat. Baru rasa macam mana susahye..tu baru jaga mak ayah adik..bayangkanlah mak ayah jaga 9 orang anak.. L

Okay, dah kisah penutup 2013 dan pembuka 2014 ni. Berdasarkan tajuk entry hari ni, RU ingat nak share pasal 10 tips amalan hidup. RU dapat dari majalah Dara.com..

1_ Sesiapa yang berselawat tidak kiralah berapa banyak hitungnya pada setiap hari, dirinya akan mendapat keberkatan dalam apa jua yang dilakukannya dengan syarat ia berusaha mencari keredaanNya.

2_ Nabi Muhammad s.a.w tidak pernah mencela makanan.  Jika baginda suka, baginda makan dan jika sebaliknya, baginda tinggalkan. (H.R Bukhari). Apatah lagi jika makanan itu pemberian orang lain.

3_ Perbaharui wuduk tiap kali bersolat kerana padanya terdapat banyak fadhilat. Sesiapa yang berwuduk dalam keadaan suci, Allah mencatatkan sepuluh kebaikan baginya. (H.R. Abu Dawud)

4_ Menutup mulut dan merendahkan suara ketika bersin. Apabila Rasulullah bersin, baginda meletakkan tangan atau pakaiannya dimulut (kerana dibimbangi terpecik.) (H.R Abu Dawud)

5_ Jiwa yang gelisah dapat di tenangkan dengan berzikir, termasuklah berselawat sekerap mungkin kerana Allah itu Maha Luas Rahmat-Nya.

6_ Bersujud syukur jika kamu mendapat khabar gembira. Nabi Muhammad s.a.w sering melakukannya ketika mendapat khabar yang menyenangkan sebagai tanda syukur hamba kepada Allah. (H.R Abu Dawud)

7_ Rasulullah tidak pernah menolak hadiah. Baginda selalu menerima hadiah dan baginda amat menghargainya. (H.R Bukhari)

8_ Berdiri apabila melihat iringan jenazah. Apabila kamu sekalian melihat jenazah (yang diusung), maka berdirilah (sebagai tanda penghormatan). (H.R Muttafaq Alaih)

9_ Mudahkan sesuatu dan janganlah kamu menyukarkannya. (H.R Muttafaq Alaih)

10_ Apabila Rasulullah tidur, baginda akan mengiring sebelah kanan. (H.R Bukhari)


okay, tula 10 amalan hidup yang kita boleh selalu amalkan.moga perkongsian ILMU ni akan bermanfaat untuk anda semua dan sudah semestinya untuk RU sendiri jugak. ^_^

"Wahai Tuhan kami, kami telah beriman; oleh itu ampunkanlah dosa kami serta berilah rahmat kepada kami dan sememangnya Engkaulah jua sebaik-baik Pemberi rahmat."

wassalam..
~fi hifzillah~

xoxo