Pages

the time is running ^_^

Monday 30 December 2013

preparing for my upcoming wedding Y(^_^)Y

Assalamualaikum w.b.t..
holla uolls!!

woww!!tajuk macam gempak je kan??macam boleh bagi heart attack je kan??hohohoho..RU muda lagi dan lagipun jodoh belum ketemu lagi and belum sampai masanya lagi untuk kahwin..banyak misi untuk di capai..insya'Allah.. :D

actually, not me will get married but my sister!!yeah!!insya'Allah in the end of March, i will get my first brother in law..excited plus sad..because  i will missing one of my sister..huhuhu..isteri kan kena follow suami..sobsobsob..tapi entry ni bukanlah untuk bersedih okay tapi nak cerita pasal preparation for this wedding ni..baru-baru ni kakak RU ada balik, untuk bincang dengan family pasal wedding ni la..nk sedia apa untuk goodies,food, pelamin, and many thing..fuh..susah jugak nak kahwin ni..macam-macam nak kena fikir, lebih-lebih lagi pasal BAJET!! the most important thing to think and calculate it with the calm way..

so, RU ada la ikut kakak RU hari tu survey pelamin..but pelamin ni not for sanding..as we know right??and maybe a few doesn't know bersanding adalah haram!so pelamin ni just untuk ambil-ambil gambar with friend and family..part nak pilih goodies susah sikit kot, sebab jenuh nak fikir nak bagi apa dekat para tetamu yang datang membawa berkat dan doa untuk para pengantin..

and untuk part goodies ni, ofcourse la, menjadi tugas RU untuk settle bab-bab packing semua.. almaklumlah RU kan tengah bercuti sekarang..duk umah je sampai bulan 2 or 3..insya'Allah kalau dapat sambung degree.. :) so, awal bulan 1 ni, insya'Allah kakak RU akan bawak balik semua barang-barang untuk wedding nanti dari KL untuk di siapkan untuk wedding dia, insya'Allah akhir bulan 3 nanti..huhu..

so RU di tugaskan untuk uruskan hal goodies,hias bilik pengantin, and settle untuk photo booth.. awesome kan???hahaha..tapi bab urus bilik pengantin tu, susah sikit..huhu..entah macam manala nak hias tu..hopefully ada idea nanti..RU offer untuk handle bilik pengantin and photo booth sebab nak tolong kakak RU jimat bajet..so, kalau buat sendiri je, jimat duit kan??tak perlu  membazir.. 

so, setakat ni part hias bilik pengantin tu tak fikir lagi, sebab lambat lagi..cuma sekarang tengah bertungku-lumus untuk prepare for photo booth.. so RU pun men"google"la mecari bahan-bahan untuk buat props untuk photo booth and also how to decorate photo booth tu..untuk buat photo booth ni hanya memerlukan bahan-bahan seperti frame gambar, gambar, kertas, lidi and renda-renda sikit..huhu..

nila antara props or orang panggil bubble talk untuk di letakkan di photo booth..

ni contoh photo booth yang RU dapat dari Encik Image Bin Google :D

so, bulan 1 ni, insya'Allah bergiat active la untuk menyiapkan apa yang patut untuk wedding bulan 3 nanti..hopefully semuanya berjalan dengan lancar amiin..tapi apa yang RU bimbang, bulan 3 tu, insya'Allah kalau ada rezeki, RU mungkin da masuk belajar untuk degree..so, time tu kelam kabut la kot..and harap-harap dapat balik time tu, RU tak nak missing this moment with family.. TT_TT

okay, tu je yang nak cerita untuk entry kali ni..huhu...sampai ke temu lagi.insya'Allah entry akan datang nak share some tips with you guys!!

wassalam..
~fi hifzillah~
xoxo

Saturday 28 December 2013

apa hal kau suka membazir??

Assalamualaikum w.b.t..
holla semua ^_^

semalam google pasal pembaziran and i found the ILMU about pembaziran..so terasa nak share untuk entry kali ni.. dulu selalu fikir, pembaziran just ada pembaziran makanan dan sumber..padahal ramai yang tak tahu sebenarnya banyak jenis pembaziran yang ada dalam dunia ni..masa di SMAM dulu banyak belajar tapi ni la namanya manusia, susah nak di amalkan kan??so lepas ni memang nak kena banyak amalkan.. :D jom kita selongkar pasal PEMBAZIRAN.. ^_^

Setiap manusia telah dijamin rezekinya oleh Allah S.W.T. Manusia hanya perlu berusaha dan berikhtiar untuk mencari rezeki. Orang mukmin sentiasa bersyukur apabila ia memperolehi rezeki daripada Allah S.W.T samaada banyak atau sedikit.

Rasulullah s.a.w. bersabda yang bermaksud :
"Siapa yang tidak bersyukur dengan pemberian yang sedikit, dia juga tidak akan bersyukur dengan pemberian yang banyak. Siapa yang tidak mensyukuri manusia, bererti dia juga tidak mensyukuri Allah. Memperkatakan nikmat Allah adalah tanda syukur, dan mengabaikannya adalah kufur. Berjemaah itu dirahmati, sedangkan berpecah belah itu mengundang azab."
(Hadis Riwayat Ahmad dalam Musnad Ahmad)

Islam itu mudah dan indah. Lihat dalam bab anjuran bersyukur. Walau sikit rezeki yang kita dapat, Allah SWT suruh bersyukur. Lagi banyak rezeki lagi patut banyak-banyak syukur.

Firman Allah SWT dalam Surah Ibrahim ayat 7 yang bermaksud: "Dan (ingatlah) tatkala Tuhan kamu memberitahu: 'Demi sesungguhnya! Jika kamu bersyukur nescaya Aku akan tambahi nikmatKu kepada kamu dan jika kamu kufur engkar sesungguhnya azab siksaKu amatlah keras".

Agama Islam begitu menitikberatkan persoalan berhemat dalam membelanjakan harta atau wang, dan Islam menegaskan agar umatnya tidak melakukan pembaziran yang hanya akan mendatangkan kerugian. Pembaziran diambil dari kalimah Bahasa Arab iaitu yang bermaksud membazir atau boros. Manakala dari sudut istilah syarak pula membawa maksud sesuatu yang dikeluarkan pada jalan yang bukan hak (kebenaran).  

Ibnu Mas’ud menjelaskan bahawa pembaziran adalah perbuatan menafkahkan (mengeluarkan) atau menggunakan harta pada jalan maksiat yakni tidak pada jalan yang diperintahkan oleh Allah S.W.T dan tidak berlandaskan tuntutan sunah Rasulullah S.A.W.

Manakala Ibnu Kathir pula mentakrifkan pembaziran sebagai perbuatan mensia-siakan nikmat Allah kepada perkara-perkara maksiat yang melanggar perintah Allah S.W.T.

Dalam membincangkan tentang konsep pembaziran, ramai di kalangan kita yang tersalah anggap hingga menyempitkan ruang lingkup pembaziran kepada wang dan harta benda sahaja. Sesungguhnya konsep pembaziran itu sangat luat skopnya dan ruang perbincangannya mencakupi perkara-perkara bersifat material (kebendaan) dan bukan material.

Perkara-perkara yang berbentuk kebendaan meliputi harta benda seperti wang ringgit, makanan, minuman, pakaian, air, tenaga (elektrik dan minyak petrol) dan sebagainya. Manakala pembaziran dari sudut bukan material pula termasuklah tenaga, masa, ilmu, perbuatan manusia, kuasa, usia dan sebagainya.

Harta benda, wang, pakaian, kenderaan, kediaman, tenaga, masa dan sebagainya itu adalah nikmat pemberian Allah S.W.T. yang wajar kita hargai dengan memanfaatkannya ke jalan yang baik.

Sekiranya perkara-perkara tersebut dipergunakan pada jalan sia-sia serta dilarang oleh Allah S.W.T, maka ia termasuk di dalam pembaziran. Mereka yang suka membazir dan boros ini sebenarnya tergolong di dalam kalangan orang-orang yang tidak tahu bersyukur dengan nikmat pemberian Allah S.W.T (kufur nikmat).

Islam amat melarang umatnya melakukan pembaziran sehingga Allah S.W.T menyifatkan orang-orang yang suka membazir itu sebagai saudara syaitan.

Firman Allah S.W.T. dalam Surah Al-Israa' ayat 26-27, yang bermaksud: "...dan janganlah kamu belanjakan harta kamu dengan boros yang melampau-lampau. Sesungguhnya orang yang membazir (boros) itu adalah saudara syaitan, sedang syaitan itu pula adalah makhluk yang sangat kufur (engkar) kepada Tuhannya".

Marilah kita amalkan sifat suka bersyukur, jauhi sama sekali sifat atau sikap kufur itu. Kemudian jangan kita menjadi saudara syaitan dengan sebab amalan suka membazir atau boros.

Pendek kata, umat Islam mesti hayati dan amalkan sifat terpuji suka bersyukur kerana mendapat apa jua nikmat atau rezeki kurniaan Allah walau sedikit . Dan jangan sekali-kali cuba mengamalkan amalan suka membazir, walau sekadar membuang sesudu nasi, 5 sen atau sebagainya. Yakinlah, bahawa dengan mengamalkan perintah Allah atau syariat-Nya dalam Islam ini pasti hidup umat Islam akan lebih baik, berkat dan sentiasa dalam lindungan serta keredaan Allah S.W.T, insya Allah.

Sahabat yang dimuliakan,
Ibnu al-Qayum al-Jauziah mengatakan terdapat 9 bentuk pembaziran yang dilakukan oleh manusia, antaranya :

1. Pembaziran ilmu pengetahuan - iaitu membazir jika ilmu tidak digunakan untuk jalan kebaikan . Jikalau menyampaikan ilmu dengan rasa riak atau ujub kerana ianya menghapuskan pahala.

2. Pembaziran amalan - iaitu membazir jika amalan tidak dilakukan dengan hati yang ikhlas . Ada matlamat selain daripada Allah S.W.T. Amalan seperti ini tidak akan dipandang oleh-Nya.

3. Pembaziran kekayaan - iaitu membazir jika harta dibelanjakan pada perkara yang tidak bermanfaat dan tidak diredai Allah.

4. Pembaziran hati - iaitu membazir jika hati kosong dari kasih kepada Allah. 

 5. Pembaziran tubuh badan - iaitu jika tidak digunakan untuk beribadah kepada Allah.

6. Pembaziran cinta - iaitu membazir jika cinta dicurahkan kepada selain Allah atau melebihi cinta kepadaNya

7. Pembaziran masa - iaitu membazir jika masa tidak diurus dengan sebaiknya.

8. Pembaziran akal - iaitu jika tidak memikirkan sesuatu yg bermakna kepada agama.

9. Pembaziran zikir - iaitu membazir jika tidak memberi kesan kepada hati.

Alhamdulillah, terlalu banyak nikmat Allah kurniakan kepada kita semua.Tapi malangnya, manusia sering membazir. Contoh yang paling mudah adalah pembaziran makanan. Jika diperhatikan di tempat-tempat makan, pasti ada saja makanan yg tidak habis dimakan atau dibuang begitu saja.

Oleh itu, elakkan pembaziran supaya tidak tergolong dlm golongan "saudara-saudara syaitan", na'uzubillah. 

Terdapat beberapa cara supaya kita dapat mengelakkan pembaziran iaitu :

1. Sebelum membeli makanan, fikirlah dahulu,supaya tidak tersalah beli atau jika hendak memasak,anggarkan kuantiti makanan yg sesuai dengan bilangan ahli keluarga atau tetamu untuk seorang makan.

2. Jika tak mampu menghabiskannya, rancanglah untuk mengambil makanan dalam kuantiti yang tidak banyak.

3. Jika makanan adalah dalam kuantiti yyang banyak, elok juga jika diagihkan pada jiran atau kawan-kawan.

4. Jika setelah selesai makan, tapi masih berbaki, simpanlah makanan itu supaya boleh dimakan kemudian.

5. Jika berniat untuk membuang makanan, fikirlah sejenak akan nasib saudara-saudara kita di Palestin,  di Afrika dan mereka yg kurang bernasib baik. Jika ada sisi makanan yang hendak dibuang pastikan makanan tersebut diberikan kepada haiwan supaya tidak dikira sebagai membazir.

6. Jika punyai selera makan yg tinggi, makanlah dengan sederhana. Janganlah makan ketika perut terlalu lapar supaya tidak makan dengan berlebihan.

Firman Allah S.W.T. maksudnya : "....,makan dan minumlah, tetapi jangan berlebihan.Sesungguhnya Allah tidak menyukai orang yang berlebih-lebihan."
(Surah Al-A'raf ayat 31)

Sabda Nabi S.A.W. maksudnya : "Maka sesungguhnya orang yang paling lama lapar pada hari kiamat adalah orang yang paling banyak kenyang di dunia"
(Hadis Riwayat Baihaqi dan AtTirmizi)

Akhirkata marilah sama-sama kita sentiasa bersyukur dan membuangkan tabiat suka membazir dan pastikan setiap wang ringgit, makanan, minuman, pakaian, rumah , kenderaan, masa, tenaga dan ilmu digunakan dengan bijak dan berhemah dan tidak membazir, pada masa yang sama  dapat  menguruskan serta memanfaatkan rezeki dan nikmat-nikmat kurniaan Allah. Mudah-mudahan nota ini dapat menjadi peringatan untuk kita semua.

thanks to this sources for this ilmu that we can use and understand together..
setiap ILMU yang kita dapat kenala kita kongsikan kepada rakan-rakan..

wassalam..
~fi hifzillah~
xoxo

Friday 27 December 2013

aku yang pelik

Assalamualaikum w.b.t..
holla semua ^_^

apa perkara pelik yang selalu korang buat??kalau masa kecik dulu tok sah kata la..hahha... mesti banyak benda pelik yang korang buat kan kan kan? tak nak mengaku sudah..sebab RU mengaku je..aish..malu pulak bila ingat..ha meh sini nak share benda pelik yang RU biasa buat masa tecik2 dulu..huhu.. confirm korang pun ada juga buat..


1. Buka kipas, cakap dengan kipas, nak dengar suara bertukar. 

2. Naik kereta, tengok bulan, ingat bulan ikut kita. 

3. Naik basikal, boleh lepas tangan dari 'handle', rasa hebat. 

4.Masa sekolah ada orang bagi milo free, lepas ambil sekali, menyamar jadi orang lain beratur ambil lagi. 

5. Lukis burung guna huruf 'm'.

6. Lukis matahari di penjuru atas kertas lukisan dan antara bukit.

7.Masa kecil fikir bentuk hati macam ni ""

8. Tutup peti ais dengan perlahan, sebab nak tengok bila lampu dia mati.

9. Main belon sabun dalam bilik air time tengah mandi . 1 jam dalam bilik air.

10. Fikir dunia kartun memang wujud.

11. Makan gula-gula getah. Lepas tu jilat sampul dia sebab nak tepek tatoo kat tangan.

12. Gigit kulit nugget dulu kemudian baru makan isi sebab tak nak cepat habis.

13. Koyak tengah-tengah buku latihan sebab nak buat kapal terbang, sampan, origami.

14. Susun kusyen dan buat seni binaan.

15. Fikir sticker lesen P dengan L kat kereta P untuk perempuan, L untuk lelaki.

16. Kawan terpijak kasut sekolah, lepas tu pijak kasut dia balik.

17. Lepas abes peperiksaan akhir tahun, guna buku matematik buat main SOS.

18. Beli sharpener yang ada cermin sebab nak betulkan tudung, main pantul cahaya. Lepas tu tak bagi kawan tiup takut tumpul.

19.Hembus nafas kat cermin tulis saya sayang awak.

20. Anggap zaman dahulu dunia berwarna hitam putih sahaja.

21. Tuang air panas dalam piring sebab nak bagi sejuk, kemudian minum dalam piring.

22. Tak bagi kawan korek pensel di kedua-dua hujung nanti mak mati.

23. Bila blackout, pakai lilin buat pelbagai aksi dengan bayang-bayang.

24. Sebelum minum susu kotak, koyak dulu tepi dia, tengok sama ada tanda + atau -. Orang cakap kalau tanda -, tak boleh minum. Pastu terus buang. Haha

25. Susun snek bentuk cincin (Super Ring) pada setiap jari kemudian makan satu persatu.

26. Tengok tanda kat tapak tangan. Kalau berbentuk K bermaksud nanti jadi orang kaya kalau berbentuk M nanti jadi orang miskin.

27. Tak bagi kawan join masa main. Kalau nak join jugak dengan syarat kena main Ti Ai Pi Yu..

28. Ingat kalau tertelan biji, pokok akan tumbuh dalam perut. 



ha macam mana?ada dalam list korang jugak kan? :P
and dah besar ni pun still ada lagi tabiat teruk RU..huhu..

1. kalau time tidur, RU suka buka lampu..

bukan lah takut, RU bukan seorang yang penakut okeah!!tp entah kenapa, tabiat tu sukar untuk dilupuskan..sampai baru-baru ni ayah RU bising..huhu..sebab ye la, sekarang kan cuti, so duduk kat rumah je lah..jadi lampu tiap2 malam asyik terpasang dari malam ke pagi..ayah pun marah la, bil dah makin melambung tinggi..hohoho.. so, start pertengahan bulan 11 RU belajar tidur dalam gelap..susah wooo nak tidur..huhu..dan lagipun, salah satu sebab RU tak suka tidur dalam gelap ialah sebab gangguan nyamuk..mana RU pergi, mesti ada nyamuk..orang lain tak kena pun!sakit pulak aty kite ni..so, untuk mengurangkan (kurangkan je,still ada jgak ganggu) gangguan nyamuk, kenala pasang lampu..hehe.. 

tapi disebabkan kesian kan ayah,nak kena bayar bil mahal, belajarla tidur lam gelap..tapi pukul 6 petang tu, dah pastikan pasang ubat nyamuk awal-awal..hehehe.. TAPI!! dari luar nampak RU tidur lam gelap, sebenarnya RU pasang pulak lampu dekat phone..kat sesetangah handphone ada torchlight..hehe..RU punya ada torchlight y lighting dia memang terbaik..huhu..so, tidurla berlampukan torchlight tu..tapi jangan risau, xmembazir sangat sebab lampu tu akan tertutup sendiri lepas 30minit..hehe..

2. kalau masuk bilik air, suka buka lampu..-_-'

 ni pun pasal lampu..aish..kalau masuk bilik air, tak kira la malam or siang, RU mesti buka lampu..aish.. rasa macam kurang tau kalau tak ada lighting ni..even bilik air tu punyala terang bederang dengan cahaya matahari yang masuk, RU still akan buka lampu..yang ni memang susah nak ubah..nasib baik lampu kat tandas awam memang 24hours buka..hehe

3. tak suka sos cili,lada or segala keturunannya..

o_0 pelik??RU pun pelik sebenarnya..kenapa tak suka makan and anti giler dengan benda alah ni.. nak kata ada trauma atau kejadian buruk pernah berlaku, seingat RU memang tak ada..tapi tulah entah kenapa.. mak ngan ayah dah bising..haha..sebab katanya, macam manalah dah kahwin nanti..tok laki hang nak makan apa tak ada lada,sos cili, belacan and segala mak nenek tu??HAHAHA..jawapan RU senang je, alah buat jelah,tapi makan sorang ok..kahkahkha..boleh tak buat macam tu? kawan-kawan RU semua pelik dengan perangai RU ni..ada yang tak tau dan ada yang tau..bagi yang tau tu, thanks kerana memahami ku..tapi ada yang tau tu, sampai sekarang masih mempertikaikan dan membahaskan kenapa kenapa dan kenapa??hahaha...(mana aku tau wei!!)

4. binatang paling ditakuti di geruni NYAMUK

seriously, banyak-banyak binatang kat dunia ni, RU paling tak boleh dengan nyamuk..pergila mana-mana pun,akan fikir nyamuk dan jumpa nyamuk!orang lain kalau pergi camping fikir pasal pacat,lintah or binatang berbisa lain..tapi RU cuma fikir 1 je, nyamuk.. RU tak takut pacat and lintah..biasa-biasa je..even masa first time kena pun, cabut jelah.. (bukan cakap besar k)..entah kenapa nyamuk ni musuh tradisi RU.. mana-mana pergi mesti ada la..masa duduk kat kolej, orang lain tak ada pun kena nyamuk..roommates pun semua selamat ke..tapi RU?bila bangun je tidur, mesti ada kesan bintik-bintik merah hasil kerja kuat nyamuk..bila balik rumah, family tak ada pun yang kena, tapi RU??ibaratnya akulah juara bagi gigitan nyamuk..HAHAHA..

5. berus gigi lama-lama -_-'

nak kata gigi putih,tak putih mana pun..tapi kalau gosok gigi, punyala lama..kalau pagi-pagi, masa untuk duduk dalam bilik air tu, separuhnya adalah untuk gosok gigi..==' RU pun tak tau kenapa..family sokmo bising sebab lama sangat duk lam bilik air..tdo ke apa??hahaha.... sbb gosok gigi la..RU ada bermacam cara masa gosok gigi tu..tu yang lama sangat kot..sangat tak boleh di terima pakai..lepas tu, time gosok gigi, RU tak boleh gosok gigi kat sink and tengok cermin, rasa macam tak kena je..and masa gosok gigi tu air mesti pasang sebab RU tak suka suasana sunyi masa duduk dalam bilik air.. banyak betul pembaziran yang berlaku kan??


ha..itulah sedikit perkongsian yang entah apa-apa..dan penuh dengan aktiviti pembaziran..tapi sekarang RU tengah belajar untuk mengelakkan pembaziran tu..huhu..kan membazir itu amalan syaitan..

Islam amat melarang umatnya melakukan pembaziran sehingga Allah SWT menyifatkan orang-orang yang suka membazir itu sebagai saudara syaitan. Firman Allah SWT yang bermaksud,“Sesungguhnya orang-orang yang melakukan pembaziran itu adalah saudara-saudara syaitan, sedang syaitan itu pula adalah makhluk yang sangat kufur kepada Tuhannya” (Surah al-Isra’: 27).

wassalam..
~fi hifzillah~
xoxo

bad entry

Assalamualaikum w.b.t.
holla guys...

some people think its easy to solve the problem..but its really not easy as we can see or as we can say.. i think the problem can be solve just like that but suddenly i realize that some problem also need the enough time to be solve.. and for me, i really need the full time to take it as a easy problem.. (what i say??urghhh!!!fail english..) i think i have a very big big big problem now..i feel so lonely to solve this problem alone.. i really need someone to hug me, to listen me and help me to solve this problem.. i hate the tears ..

maybe people think i a girl that had a very bad heart but do you know how and what i feel know? what i have been go through? i really a person that not easy to forget something bad moment..i don't know why..i have do many thing as everyone have advice to me but its not 100% working on me..do you know how i really feel??no, you don't know.. its too hard when you feel it..its like you just see 10% of hard but i feel more than that..i feel 100% hard..

i know, i have Allah that can help me..can listen me in my pray.. i admit it 100%..only Allah can help us..
maybe i need more time to become a strong person that can solve the problem and face it..


bad moment..
please leave me..
please make me forget about you..
please don't make me cry..
please don't make me feel bad..
please don't make me look bad to people..

bad moment..
make me be strong always..
make me can throw you as far as i can..
make me feel always be aware..
make me easy to forget you..
make me easy delete it..

pure heart..
be a good to me..
make me be a good people..
make me easy to forgive people..
make me easy to take the advice..
make me easy to feel calmly..


sorry for this boring and annoying entry tonight.. just here i can write all from my heart..and just here i can be myself.. just here people can know who and how i am..in the front, i like a cheer girl, but in the back, i can be a girl that have many tears.. writing can help me to push me out from crying and crazy..haha...thanks for reads my entry..

p/s: wait for my cheer entry :')

wassalam..
~~fi hifzillah~
xoxo

Thursday 12 December 2013

khasiat makanan pedas

Assalamualaiku w.b.t..
holla uolls!!

"makanan pedas"..siiapa suka makan pedas?angkat tangan kiri!!siapa tak suka makan pedas? angkat tangan kanan! siapa suka separuh-separuh angkat hidung! hehe...RU suka jugak makan pedas tapi tak la suka sangat kalau terlampau pedas..fuh..kalau terlampau pedas memang RU akan menangis macam orang putus cinta la..hidung berair..tisu sekotak pun entah cukup tak..huhu..malu dek orang! tapi taukah korang, makanan pedas ni pun sebenarnya banyak khasiat atau manfaat tau..!!

wah!!suka ler tu siapa yang suka makan pedas kan?sebab biasanya siapa yang suka makan pedas ni selalu kena marah sebab ada orang kata bahaya!tetapi! ha..mai sini RU nak membongkar sikit..rupanya ada manfaatnya jugak makan makanan pedas ni..jom kita selidik dan tengok!! ^_^



1- menurunkan berat badan (wah!! ãƒ½(^。^)ノ)

rasa pedas mampu meningkatkan metabolisme tubuh. kajian ada menunjukkan bahawa unsur utama dalam cili iaitu kapsaisin, memiliki kesan termogenik yang mampu menyebabkan tubuh membakar kalori ketika menguyah selama 20 minit..wah!!! okeah!nak kurus, makan cili bebanyak sekarang!hehe


2- menyihatkan jantung o∩_∩o

hasil kajian jugak menunjukkan, amalan mengambil makanan pedas menyebabkan insiden serangan jantung dan strok yang lebih rendah! alasannya, cili merah boleh mengurangkan kesan kerosakan akibat kolestrol jahat, sementara itu kapsaisin pula boleh melawan peradangan. keduanya merupakan faktor risiko untuk masalah jantung.. o..


3- mencegah kanser

menurut American Association for Cancer Research, kapsaisin juga memiliki kemampuan membunuh beberapa sel kanker dan leukemia.


4- mengurangi stress (yang ni ceq suka!!)

makanan pedas meningkatkan produksi hormon yang memberikan rasa menyenangkan seperti serotonin. hasilnya, makanan ini membantu mengusir depresi dan stress!!


5-Menghilangkan Gejala Selsema
Kapsaisin membantu meningkatkan pengeluaran peluh dan menghilangkan gejala selsema yang mengganggu. Makanan pedas juga akan membantu membuka pernafasan, mengurangkan radang pada saluran pernafasan dan gejala selsema yang lain..

ha??macam mana?siapa yang suka pedas tu plus-plus pulak nak kuruskan badan?boleh la terus amalkan makan pedas..hehe..tetapi!! kena ingat jugak..makan peda pun ada bad effect dia jugak..lebih-lebih lagi yang ada gastrik, sangatla tidak sesuai..jadi kita kena sesuaikanlah cara pemakanan kita dengan tubuh badan kita..right? siapa tak sayang tubuh sendiri kan?

p/s: sumber dari Majalah Mingguan Wanita

wassalam...
~fi hifzillah~
xoxo

puisi penghilang stressku

Assalamualaikum w.b.t
holla uolls!! ^_^

em...stress.. apa itu stress?? 

Dr. Hans Selye, pengasas kepada teori stress atau tekanan perasaan telah mendefinisikannya sebagai “suatu reaksi yang tidak spesifik oleh diri seseorang disebabkan oleh sesuatu bebanan yang menimpanya.” (Dr. David B. Posen (Lifestyle Counselor and Psychotherapist) ; Stress) ‘Bebanan’ ini boleh wujud di dalam bentuk ancaman, cabaran ataupun apa-apa perubahan di dalam hidup seseorang yang memerlukan pengubahsuaian yang selari dengannya. Ada tekanan perasaan yang baik lagi positif dan ianya dinamakan sebagai “eustress” dan ada pula yang buruk lagi negatif dan ia dinamakan sebagai “distress.” Tekanan yang positif amat kita perlukan di dalam hidup kita untuk menjadikan kita lebih berhati-hati, terangsang, kreatif dan lebih memberikan tumpuan dan perhatian kepada apa yang sedang kita lakukan.

ha..stress jugak mendorong kepada menjadi kreatif!!emm..macam susah nak percaya kan?sebab bagi kita stress ni suatu yang bad effect to us..right? so, apa yang korang buat bila korang stress atau di landa masalah?mesti ada macam-macam carakan? lain orang lain cara dia untuk melepaskan stress.. tapi ingat, 1benda yang paling utama korang kena buat jugak ialah meluahkan kepada ALLAH di tikar sejadah..menangisla kepadaNYA dan mintalah bantuan dari-NYA..

Allah s.w.t berfirman:

Dia-lah yang telah menurunkan ketenangan ke dalam hati orang-orang mukmin supaya keimanan mereka bertambah di samping keimanan mereka (yang telah ada).

em...kalau RU, masa zaman sekolah dulu, selalu stress dan banyak masalah.. tapi RU tak pernah cerita kat siapa-siapa sebab RU memang susah nak cerita masalah kat orang lain..orang lain cerita masalah kat RU adalah..hehe..suka dengar orang cerita masalah ni..huhu..and suka paksa dan nasihat orang lain, luah la,cerita la..tapi RU sendiri tak buat pun..hahaa...so, bila ada masalah RU akan pendam sorang-sorang je..nak cerita kat kakak2, tak kot..sebab RU tak rapat sangat..lagipun kakak-kakak RU belajar jauh..kalau dengan abang lagi la..dengan mak ayah??malu kot nak share masalah..huhu..kesudahannya simpan sorang-sorang jelah..

TAPI..RU ada cara jugak nak manage tekanan tu.. RU luah melalui puisi..kan betul stress mampu buat kita kreatif?? so, bila RU ada masalah, memang buku la tempat RU conteng dan meluahkan segala isi hati.. sebab tu ada puisi RU yang macam beremosi semacam je..hehhe..maknanya berat sangatla tu masalah time tu.. RU rasa tenang bila semua masalah tu RU mampu bentuk ianya dalam bentuk puisi.. rasanya, kalau RU tak buat macam tu, memang RU tak jadi manusia sangat sekarang ni.. sebab tak semua masalah or tekanan itu kita boleh simpan je dalam hati kita..kadang-kadang kita kena jugak cari satu alternatif untuk manage ianya supaya tak menggangu sangat kehidupan kita.. 

puisi RU memang ada macam-macam jenis.. dan bukan berkaitan RU je, ada jugak berkaitan dengan orang lain tapi RU coretkan sebab RU pun tertanya-tanya benda yang sama..em..lepas RU tulis, RU akan rasa sedikit lega.. masa zaman sekolah dulu, RU ni jenis yang suka duduk dalam bilik je..sorang-sorang..diam.. macam orang sakit jiwa pun ada..hahaha... tapi tulah RU dulu..tak rapat sangat dengan keluarga..tapi bila dah makin dewasa ni..matang la sikit..mulahlah rapat dengan kakak-kakak..tapi biasa-biasa jelah..alang-alang diorang belum kahwin kan..bila dah kahwin, mesti tak rapat sangat dah dan dah lain sikit hubungan..em..

so, stress jugak kadang-kadang boleh buat kita jadi hilang pertimbangan..dan mengganggu emosi kita.. jadi jangan sesekali berada di bawah pengaruh stress ni..sebab banyak kes-kes yang disebabkan seseorang itu berada di bawah pengaruh emosi ni..ingat tu!!

so, lepas ni RU akan update banyak lagi puisi-puisi yang RU buat masa zaman sekolah dulu..macam-macam jenis ada..yang kelakar pun ada tau..tengah tunggu bas pun RU boleh reka puisi jugak sebab stress bas lambat sangat datang ambik..dah penat menunggukan..hehehe =='



okay..jangan lupa amalkan baca doa ni tau bila stress..moga di hilangkan stress tu oleh-NYA..amiin..


wassalam.
~fi hifzillah~
xoxo

Wednesday 11 December 2013

Temanku

Assalamualaikum w.b.t..
holla uolls!!

jom kita layan satu puisi dari RU nak?tajuknya teman.. puisi ni RU buat pada 1/09/2008.. puisi ini menceritakan macam mana keadaan dalam persahabatan... ãƒ½(^。^)ノ


Temanku..
sudah lama kita berteman,
kita sentiasa berkongsi suka duka bersama,
engkaulah temanku dikalaku bersuka-ria dan berduka,
aku senang berteman denganmu.

Temanku..
namun kenapa ku rasa persahabatan kita semakin renggang,
ku rasa seperti ada jurang di antara kita,
keakraban kita tidak seperti dulu lagi,
adakahku pernah menyinggung perasaanmu?

Temanku..
aku begitu menyayangimu,
sebelum ini belum pernah aku mempunyai teman sebaikmu,
aku tidak ingin persahabatan kita putus,
adakah persahabatan ini renggang kerana ku?

Temanku..
ku harap persahabatan kita akan berkekalan untuk selama-lamanya,
jika di beri pilihan antara cinta dan persahabatan,
akan ku pilih persahabatan kita,
kerna aku begitu menyayangi pershabatan kita ini...

{bertarikh : 01/09/2008}


wassalam..
~fi hifzillah~
xoxo

review novel Cik Bunga dan Encik Sombong

Assalamualaikum w.b.t..
holla uolls!!

okay, entry kali ni RU rasa nak share pasal satu novel ni. sebenarnya bukanlah terfikir sangat nak share pasal novel-novel ni kat blog ni. sebab RU memang ada buar review novel untuk satu belog ni..tapi biarlah rahsia blog mana.hehe..kerja penulis part time..dapat gaji :D




okay berbalik pada novel ni..tajuk dia biasa je..lebih kurang sama je dengan novel-novel lain.tapi RU terdetik nak share pasal novel ni sebab ia lain dari yang lain sikit..tapi sebelum tu, jom baca sinopsis novel ni dulu k..👇 

Sinopsis:

Aku? aku Intan Asnidar. mana cantikpun. kulit pun ala-ala hangut. kerja kedai bunga dengan gaji cukup-cukup makan. tak ada apa-apa yang istimewa tentang aku melainkan aku ada sebuah keluarga yang sangat bahagia.

Dia? dia memang segak. nama dia pun sedap, Harris Isqandar. kalau sekali pandang mesti tak nak lepas. kulit dia putih sampai mak ingat aku dah bawak balik orang Belanda masa aku bawa dia datang kampung aku buat kali pertamanya. tapi tak kisahlah semua tu, tak penting sangat. kemudian-kemudian nanti, rupa paras tu bakal duduk tempat keempat atau kelima.


Asal-asalnya, dia suruh aku jadi tunang terkejut dia sebabnya gadis yang sepatutnya jadi tunang dia pada hari itu sudah lari. okeylah sebab satu hari saja, kira aku tolong orang dalam darurat. tapi paling terkejut bila dia cakap, "okey Intan, mulai sekarang awak adalah tunang dan bakal isteri saya. sekiranya ada sesiapa kacau awak, tolong jangan berahsia dengan saya sebab kita bakal jadi suami isteri. suami isteri tidak boleh ada sebarang rahsia."


Terkejut amat aku. tapi sebelum tu mak dia, Datin Nora ada beri amaran kepadaku, "jangan mimpi nak jadi menantu saya!"


Ah! aku pun tak nak jadi menantu dia. tak berminat langsung. tapi sungguhkah kata orang, kalau sudah jodoh, tentu saja tak kemana. tinggal lagi, lama manakah rumah tangga tersebut bakal bertahan atau benarkah Intan Asnidar itu hak milik Harris Isqandar?



Penulis: Airisz
Harga: s/m RM22-s/s RM25
Terbitan: Karya Seni
Muka surat: 592p.
_________________________________________

okay..macam mana?nampak macam sedap tak?hehe.. cerita ni sweetla jugak sebab kisah bercinta lepas kahwin kan..(aish..tetibe gatai nak kahwin cepat2.sweet2 lepas nikah..hahaha) okeah!dah RU..hukhuk.. cerita ni bagi RU lain sikit.. jalan cerita ni mungkin lebih kurang sama dengan yang lain sebab konflik menantu dengan mak mertua yang mementingkan darjat.. almaklumlah, cik bunga je kot Intan ni..

tapi cerita ni best sebab, Intan seorang yang sangat kuat. dia tak cepat melatah dan menyerah. biasa sesetengah novel, jalan cerita sejibik macam drama indon. selalu mengalah dan percaya hasutan. then orang jahat sentiasa buli kaw-kaw..huh..boring jalan cerita macam tu..macam perempuan ni lemah sangat.. dalam novel ni, Intan sentiasa kuat hadapi Datin Nora,mak mertua dia yang gila darjat ni dan si gedik Erny bekas tunang Harris. Datin Nora ni selalu ganggu Intan sebab nak suruh Intan tinggalkan Harris dan Harris akan kahwin dengan Erny..

haha..dalam novel ni pun ada scene mak mertua tarik tudung and rambut Intan..dan scene Harris tarik rambut Erny sebab marah sangat.dan scene tampar menampar antara Erny dan Intan.. serius, sambil baca pun dah boleh bayang..haha.. tapi Intan memang a very strong person. even dia selalu kena maki dan hasut dek mak mertua dan si gedik tu, dia tetap kuat dan percayakan suami dia. she really good in manage the situation around her. lagipun, siapa tak sayang suami dan rumah tangga?so dia tak pernah mengalah. dan Harris dalam cerita ni pun, watak dia sangat matang dan pandai manage masalah jugak. 

Harris ni memang protect giler isteri dia. tapi dia ni tak pandai nak luah perasaan sayang dia kat Intan..kesian Intan duk tunggu Harris luah..dapat ke dia luah?macam mana?ha..baca sendiri..huhu.. dan Harris jugak dah merancang something yang istimewa untuk isteri dia ni..tapi dapat ke dia bagi benda istimewa tu kat Intan?sebab Harris terlibat dengan kemalangan semasa drive sorang-sorang dengan kereta Intan..aish.. :( kenapa boleh kemalangan? 

tapi yang pasti cerita ni santai dan tak banyak konflik.and cerita ni bila baca rasa indah je..sebab ianya berlatarkan keindahan sawah padi dan suasana kampung yang nyaman..so, kalau sesiapa yang berkesempatan ke kedai buku dan nak cari novel tu, carilah novel ni ye..sedap dan terbaik baq hang!!hehe..

p/s:emm...terfikir nak tulis sebuah novel jugak ni..tak salah mencubakan? tak cuba kita tak akan tahu.dan kalau cuba pun tak rugi.. :) pasal apa erk?

wassalam..
~fi hifzillah~
xoxo

10 kasut paling aneh

Assalamualaikum w.b.t..
holla uolls!!

kali ni RU nak share pasal kasut yang aneh.. pasal ni RU dapat bila terbaca dalam surat khabar sinar harian edisi Terengganu pada 9 disember 2013.. bila dah baca dan tengok, terfikir pulak nak share dalam blog ni..huhu..lagipun tengah tak ada idea sangat..lagipun RU ni memang gila kasut..rambang mata..so bila terjumpa article pasal ni, rasa nak share koleksi kasut aneh ni.. jom tengok 10 kasut yang aneh bersama sejarahnya!!

1-Kasut Lotus



asal kasut ni: China
tahun keluaran ialah: abad ke-10 hingga 2009
kasut ni dipakai oleh golongan wanita sebagai mewarisi tradisi masyarakat Han. ia dipakai sejak lebih 100tahun dan berasal dari utara Shanghai pada abad ke-19. selepas itu ia berkembang pada abad ke-20 ke wilayah selatan di Guangdong. kasut ini biasanya diperbuat daripada kapas atau sutera hitam dengan tumit rata. besi atau kancing kayu diletakkan pada tapak kasut bagi melindungi sulaman sutera bersulam dari kotor. mengikut sejarah, kasut ini dipakai oleh gadis bagi mengelakkan mereka lari dari rumah.. (aish..sesuai sangat la kalau anak-anak dara kat Malaysia ni pakai..xada la kes lari ikut lelaki..huk9)


2-But Ballet



asal kasut ni: Jepun
tahun keluaran ialah: 1980
but balet merupakan gaya kasut kontemporari. ia mula terkenal di Jepun ketika demam fesyen mula melanda negara itu. pemakai kasut ini biasanya terpaksa berjalan menggunakan tumit sama seperti aksa balerina.. (lenguh kaki,urat,tulang..haha)


3-Kasut Kayu Perkahwinan




asal kasut ni: Perancis
tahun keluaran ialah: abad ke-19
diperkenalkan di Lembah Bethmale, selatan Saint Girons di daerah Ariege. kasut ini dipakai pengantin.. ianya di perbuat daripada kayu. ia dicipta sebagai senjata ketika pencerobohan puak Moorish. kebanyakkan kasut ini diperbuat dari batang kayu dan akar pokok walnut. mengikut kepercayaan mereka, lebih tinggi muncung kasut itu, maka ia membuktikan lebih agungnya cinta mereka pada pengantin perempuan..


4-Padukas




Asal kasut ni: India
Tahun keluaran dia: 1700 (lama dh kot!!)
kasut ini asalnya di perkenalkan ketika majlis adat Padukas. Ia merupakan kasut tertua di India! dan di perbuat daripada perak,kayu,besi atau gading.. anehnya, si pemakai akan berasa seronok setiap kali merasai kesakitan ketika memakai kasut ini..(aish..kalau macam tu, RU pun nak try jugak!) bagi menghilangkan kesakitan itu, mereka akan menghisap candu sehingga khayal.. (okeah, tak jadilah nak try...huhu)



5-Kasut Tanpa Tumit



asal kasut ini: Itali
tahun keluaran kasut ini: 2007
kasut ini di perkenalkan oleh pereka Antonio Berardi pada 2007, dan di popularkan oleh Victoria Beckham setahun kemudian. walaupun kelihatan luar biasa dan amat tidak selesa, mereka yang memakainya tidak merasa sakit kerana pemakainya mampu mengimbangi badan ketika berjalan. namun, pakar rekaan kasut menyatakan kasut terbabit boleh menyebabkan kerosakan kekal pada kaki, lutut dan tulang belakang jika selalu dipakai..


6-Chopines




asal kasut ni: Itali
tahun keluaran: 1580 0_o
okay,kasut ni paling popular sekitar abad ke-17.. tingginya sekitar 5 inci dan harganya sangatttt mahal ketika itu. ia mampu dipakai oleh golongan bangsawan. ia di perbuat daripada kayu dan dilitupi sutera atau baldu. hiasannya juga dilengkapi dengan hias dengan renda benang perak.. kini hanya beberapa muzium masih menyimpan khazanah kasut ini.. (tapi dalam gambar macam buruk dah je...huhu..maybe dah di mamah usia sehingga tak nampak rupa renda dan sutera dah..hehe)


7-Kasut Kulit Lhoba Birch



asal kasut ni: Finland
tahun keluaran kasut ni: abad ke-20
sebelum abad ke-20, wanita membalut kaki mereka dengan kain sebelum memakai kasut ini. kasut ini diperbuat dari kulit kayu birch, linden atau kulit limau dan di gunakan oleh masyarakat di Norway, Sweden dan Rusia. jangka hayat kasut ini sekitar seminggu sahaja!!


8-Kabkabs


asal kasut ni: Lebanon
tahun keluaran ialah: abad ke-14!!
kasut ni di perbuat daripada kayu dan disaluti perak juga di kenali sebagai nalins.. ia digunakan oleh wanita di Timur Tengah untuk melindungi kaki dari kotoran??>< biasanya ia dipakai oleh golongan bangsawan untuk majlis perkahwinan ataupun rasmi. biasanya kabkabs mempunyai ketinggian 10 inci!! (ambik kau!tinggi kot!)


9-Kasut Tumit Tinggi Lelaki



asal kasut ni: Eropah
tahun keluaran ialah: 1700
kasut ini diperkenalkan oleh Raja Lotus XIV untuk menampakkan ketinggiannya. gaya dan hiasan biasanya memaparkan kemewahan dan status si pemakai. kini kasut ini tidak lagi di gayakan oleh lelaki.

10-Okobo


asal kasut ni: mestilah Jepun!
tahun keluaran: abad ke-18
terompah ni kebanyakannya dipakai oleh geisha sebelum era 70-an. ia diperbuat daripada kasut dan mempunyai ketinggian kira-kira 5inci. okobo bermaksud bunyi tapak ketika jalan.. (em..sesuai sangatla nama tu..huhu)


okay tula koleksi kasut aneh zaman dulu untuk tatapan semua.. jangan tengok kasut je, tapi baca jugak sejarah macam mana kasut ni boleh di keluarkan..moga dapat sedikit ilmu dari perkongsian ini.. :D

wassalam..
~fi hifzillah~
xoxo