Pages

the time is running ^_^

Saturday 30 November 2013

UiTM Machang di HATIKU part 2: roommatesku

Assalamualaikum w.b.t..
holla uolls!!!

okay, seperti yang di janjikan..kalau RU dah sihat RU nak sambung bercerita kisah di UiTM Machang kan? siapa yang tak berapa nak ingat and yang tak tau tu boleh klik sini ^_^..so here i come with the story!!hukhukhuk.. alhamdulillah, kesihatan dah bertambah ok.. tapi cuaca masih lagi hujan dan sejukk.... okay,untuk part 2 ni RU nak cerita pasal roommate RU sepanjang di UiTM...Alhamdulillah, sepanjang belajar di UiTM Machang, 5semester RU duduk di kolej bukannya di rumah sewa..berkat berperang habis-habisan mengutip kupon bersama roommate...hahaha...serious..ni bukan gurauan ok..fenomena semasa mengutip kupon di UiTM Machang ni semasa program memang dahsyat dan sukar untuk di jangkakan..kadang-kadang dah boleh jadi macam satu bencana tsunami ok!!haha.. tapi seriously RU tak berapa suka kutip kupon..tapi nasib baikla ada roommate yang baik yang suka sangat join peperangan kupon ni di medan..hahaha... diorang ni raja redah..RU just tunggu and tengok je..kih9

ok..roommate..benda ni la benda first yang RU fikir bila dapat masuk ke UiTM ni..risau dapat roommate yang entah apa-apa..tapi alhamdulillah, Allah bagi roommate yang semua baik-baik dan sporting and penyayang....(kpd roommate: errr..harap kalau korang baca korang xsengih lebor sangat ye.. :P)hehe..and kami berempat semuanya orang terengganu.,. so, kami memang rapat and banyak memori yang di kumpul bersama..even kami berempat tak sama class, kami still rapat lam bilik and kadang-kadang study sama..i miss that moment very much..tapi kami berempat akhirnya jadi bertiga.. salah seorang dari roommate RU ni dapat tawaran ke SPA sebagai nurse..masa tu awal semester 2..so tinggal la kami bertiga menunggu roommate baru..sobs..sobs..sobs..sedih sangat masa tu tau..kami dah bahagia plus happy dah berempat masa tu..tapi sampai sekarang kami still berhubung lagi.. :D

inilah kami!!
lovely roommate masa part 1 and part 2.. (yang bertudung hitam baju biru tu la bakal nurse sekarang!!)


lepas tu kami dapat roommate baru...sama umur tapi dia junior kami.. dia orang kelantan..Alhamdulillah dia pun baik jugak..dia sama perangai macam roommate yang dulu jugak..suka pink2 bagai.. haha..memang sama..dia banyak cakap dan baik..tapi tak lama pun dengan dia sebab masa part 3 dia tak dapat duduk kolej dan kena duduk rumah sewa..:( tapi kami masih rapat dan kadan-kadang jumpa sampai RU akhir semester.. 

then masuk part 3..oh ye..lupa nak bagitau..masa akhir part 2 tu, RU ingat lagi..RU gaduh besar dengan 2 roommate...huhu..sebab nya sorang roommate RU ni dapat jd JPK Kolej iaiyu jawatankuasa perwakilan kolej yang kami duduk ni..so, nak di jadikan ceritanya, next sem kami kena pindah la bilik duk bilik level 6!masa tu RU tak setuju dan tak nak sebab RU sayang bilik di level 3 ni..banyak kenangan.. :( dan dek sifat RU yang tak matang dan macam budak-budak ni (always!) RU pergi marah dia...tak patut kan???aish..menyesal bila ingat balik.. tapi kadang-kadang bila ingat balik kelakar jugak..hahah... tapi akhirnya kami berbincang elok-elok dan kami berdamai dan akhirnya kami pindah di bilik di level 6...sobs..sobss... (korang, sorry erk sebab perangai yang buruk masa tuh!!:( )

okay, bilik baru kehidupan baru dan roommate baru lagi!!haha...okay, kami dapat roommate junior part 1..budak perak.. kos lain dari kami.. dia jenis tak banyak cakap sangat..and dia kan adik..malu-malula tu..hukhuk...tak banyak sangat communication kami dengan dia..atau salah..yang sebetulnya tak banyak sangat communication budak tu dengan roommate RU yang dua orang tu..sepanjang 3sem bersama..RU je banyak communicate dengan si "adik" ni..hukhuk..aish.. (tapi memang RU banyak mulut pun..pot pet pot pet..) ok, tapi dia ok je..tapi ganas sikit..hehe..and nak tau??dia ada patung buaya!!ha??yes!! besar giler kot..siapa je yang datang melawat ke bilik kitorang mesti tertarik dengan buaya tu..unik kot..ni first time jumpa..haha...hebat2..

okay, semakin lama hubungan dengan roommate semakin erat dan SEMAKIN MENGGILA!!haha..perangai kami dalam bilik langsung tak matang dan horrible..haha...entah apa la kata adik junior kami ni..kahkah..tapi tulah yang memeriahkan suasana bilik kami... ^_^ errr -_-'
hehe..siapa yang selalu lepak bilik kami mesti tau la macam mana kami..kih8..tapi bilik kami sentiasa bersih ok..siapa yang masuk mesti puji bilik kami bersih selalu (okay, slot puji diri sendiri sikit..haha..."kembang") okay..RU nak cerita pasal sorang-sorang..

1: hadanur...dia ada blog -----> klik sini 
    
hadanur ni dia orang yang sangat active di UiTM...dialah yang banyak bantu RU dari segi meningkat kan kenyakinan diri dan ajak RU untuk turut sama active dalam pelbagai program di UiTM ni.. :) dia ni jugak seorang yang sangat up to date about fesyen..ada aje fesyen pelik2 yang dia nak buat..and ramai la kawan-kawan dia yang datang ke bilik untuk belajar pakai shawl sebab dia ni terror giler kot..and RU jadi alert pasal padanan baju dan tudung pun sedikit sebanyak sebab dia.. dia ni unik sikit...sebab apa??sebabnya kalau keluar je dari bilik, dia seorang yang sangat hyperactive tapi dalam bilik tak hyperactive sangat..huhuhu..tapi jangan pandang sebelah mata, dia sangat hebat dalam pelajaran..always get a good result and alwyas think positif...dia ni memang serba bolehla... luv u dear!! :*

2: naemah nadwah..dia pun ada blog---> klik sini

naemah, seorang gadis yang cantik dan ramai peminat.. RU and hadanur selalu jelez dengan minah ni..huhu...yelah, siapalah yang tak jeles kan??emmm...ok, dia ni selalu jugak la menjadi mangsa fesyen hadanur dan RU...haha..sorry naemah..kami suka suruh dan paksa dia pakai baju yang kami pilih..hehe.. and dalam bilik kalau bab buat air diala biasanya tolong buatkan..hehe... dia ni pun good in study..and always semangat bila buat assignment and creative..(RU je x..T_T) dia suka shopping tapi melalui online ^_~...and dia ni pulak perangai bertentangan denga hadanur..dia ni active dalam bilik and luar tak berapa active sangat (betulkan naemah??? :P)

3: adilah (dia ada blog jugak,tapi lupa nama blog dia..)
budak ni (suka sangat panggil orang budak) hebat woo...dia pandai silat and pandai melukis..and good in english.. mohon jeles k! dia ni nama je pendek and kecik tapi hebat..kadang-kadang kesian tengok dia,bila balik dari training je mesti ada kesan lebam dan luka..aish...ganas betoi la training.. -_-'

4: miss_RU
hahaahaha...RU??tak boleh nak cerita pasal diri sendiri..nanti angkat bakul sendiri je banyak..haha...tapi satu je yang pasti pasal RU ni....drama queen kuat!!!hahaha :P

inilah kami..we are roommate since semester 3 sehingga semester 5 <3


okay..tulah pasal roommate RU sepanjag 5 semester di UiTM Machang.. :D banyak suka duka yang kami dah lalui bersama yang dari tahap mental up sehingga la mental down..haha....RU rasa tanpa mereka siapalah RU dan RU tak akan berjaya hari ni.. diorang ni kuat study, jadi RU rasa kalau RU tak tengok diorang kuat study, RU tak akan study sama..dan banyak bab-bab belajar yang RU tak faham RU tanya diorang..diorang layan dengan sabar kerenah budak ribena ni..hoho.. naemah kata muka RU macam budak-budak (jahat kan dia?? T_T)

and nak tau??ada jugak yang kata muka RU macam cina...amoi.. TT_TT...nak tau siapa??nanti RU akan cerita lanjut di part 3 pulak okay!!RU tamatkan entry ni sampai di sini jela..

p/s:kepada roommate2 ku, tq sebab sabar melayan kerenah ku yang macam-macam and memang macam budak2 pun..and maaf sebab banyak pot pet pot pet and suka emosi dan marah2..tq for all moment together.. luv uolls and miss olls so much!!




wassalam...
~fi hifzillah~
xoxo

Friday 29 November 2013

ayahku, wiraku..


Assalamualaikum w.b.t..
holla uolls!! ^_^

jumaat yang tenang di iringi dengan hujan rahmat yang d turukan oleh-NYA.. hari yang sungguh tenang dan damai.. mungkin bagi sesetangah orang hujan hari ni menyusahkan diorang,mengganggu rutin harian diorang, tapi ingatlah setiap yang berlaku ada hikmahnya..dan kita tak tahu, mungkin Allah turunkan hujan ni untuk seseorang yang sangat memerlukan hujan ni.. dan manusia ni memang selalu tak bersyukur kan? (aku tergolong lam tu jugaklah!! T_T) time hujan nak panas, time panas nak hujan..tau nak merungut je..sejukkk.. (memang aku la orangnya TT_TT) cubala bersyukur.. Alhamdulillah.. jadi marila kita sama-sama cuba memperbaiki diri kita ni kan???

okay!!dah la tu dengan tazkirah jumaat ni..haha.. :P saja nak isi rohani ni sikit..so macam yang tertera pada tajuk entry ni, ayahku,wiraku.. RU nak bercerita pasal AYAH... seriously, bagi RU, ayah la orang yang paling kita susah nak faham dan kenal.. sebab ayah ni banyak pendam je semua benda..even rasa sayang dia kat kita pun jarang-jarang je dia tunjuk.. tapi still kita sebagai anak ni tak reti bahasa,nak jugak cakap ayah tak sayang kita (gedebuk!aku la tu kot T_T)  .. memang seorang ayah ni memang macam tu.lebih-lebih lagi ayah-ayah yang zaman dulu..yang sekarang area umur 40-an ke atas..kan3??? 

ok, RU nak cerita pasal ayah RU..dia memang tegas jugakla.. and sangat menjaga anak-anak dia..sampai kawan-kawan RU kata RU anak ayah mak yang manja.. (ok!!aku xboleh terima k!) sebabnya, masa zaman sekolah, kalau RU nak join apa-apa program or sport, memang ayah RU tak kasi sangat.. ingat lagi masa darjah enam, betapa susahnya RU nak mintak kebenaran untuk join perkhemahan.. padahal atktiviti tu kat sekolah je plus dekat kot dengan rumah!haha..tapi tulah..and if nak pergi jalan-jalan pu susah.. masa zaman sekolah tu memang dalam kepala fikir, "ayah ni, asyik  nak mengongkong je!tak sporting langsung! okay!biadap! T_T 

tapi, bila dah makin besar, iaitu bila dah masuk Uni, baruku sedar hakikat sebenarnya..ada sebab kenapa ayah buat macam tu..sebab sayang!sebab tak nak anak dia jadi sosial!sebab parents kita lebih kenal anak-anak mereka! bila RU masuk Uni, RU lebih pandai bawak diri dan tak nano a.ka nakal..jadi behave sikit perangai..n sampaikan, bila nak join apa-apa program luar atau nak pergi jalan-jalan dengan kawan-kawan kat tempat jauh, RU masih kekalkan "tradisi" dulu..mintak permission dulu..tanda kita hormat ayah kita sebagai penjaga kita! jangan ingat dengan suami je de permission bagai ni k!selagi kita di bawah jagaan ayah kita, kita kena inform diorang dan mintak kebenaran diorang.. 

ayah RU sangat bekerja kuat untuk bahagiakan family..even da pencen pun, still cari kerja sampingan lain...sebab duit pencen manalah cukup..padahal masa tu umur ayah dah 50-an..penat kot.. T_T RU sedih jugak kadang-kadang sebab tak banyak pun impian ayah yang RU tunaikan..masa spm 2010..lepas ambik result RU call ayah, bagitau result dapat 3A je..and ayah bagitau "oklah tu..tapi tak capai jugak target pok,ingat dapatla 4A or 5A"..RU nangis masa tu (ok,sekarang pun mata da berair T_T) masa tu nak je masa berundur semula..RU dapat 3A dan banyak B..kalaulah B yang banyak tu tukar jadi A..tapi nasi dah jadi bubur..xboleh nak masak semula jadi nasi.. Ya Allah..aku dah kecewakan ayahku..

then RU berdoa sangat harap-harap dapat masuk Uni..nak gembirakan hati ayah semula..dan Alhamdulillah, Allah makbulkan dan RU dapat masuk Uni.. masa hantar tu, RU menangis, seriously, xtau malu langsung masa tu..padahal kat kawasan tu ramai family dan budak-budak baru jugak..(ah!tak kira masa tu!) salam dengan perasaan sebak sebab tak pernah berpisah..paling lama 3-4 hari je..sebab berkhemah..huwawa..nangis siot..

and satu lagi benda istimewa dan buat RU rasa sebak..ialah masa nak ambik ujian memandu.. apakah? ni nak cerita ni..tapi cerita ni memalukan sikit..huk9..lepas spm, RU ambik ujian memandu untuk dapatkan lesen memandu kereta..and nak di jadian ceritanya, sejarah masa ambik ujian tu.. 

1:RU gagal sekali masa ujian berkomputer tu.. (malu je!!duit terbang!)
2: gagal ujian memandu untuk dalam litar 2kali+jalan raya sekali..T_T duit terbang lagi!!!

first tu, dua-dua gagal..dalam litar gagal, sebab pijak line putih sikit je kot!aish..dan jalan raya sebab nervous, jpj punyalah garang + serius!aish..then ujian kali kedua, jalan raya berjaya!!yeah!! TAPI!! litar fail lagi dan di tempat yang sama!!argh! duit melayang lagi..(duit siapa?duit ayah jugak!) RU pun tak tau kenapa lah susah sangat..kat tempat sama pulak tu..then masa ke -3 ni..nak di jadikan cerita..masa duk menunggu tu..dari jauh RU nampak someone..macam kenal.."EH! tu bukan ayah aku ke??" ok,ayah RU datang senyap-senyap nak tengok anak dia yang gagal manyak kali ni..huhu T_T then mari satu semangat masa tu..nak berjaya jugak kali ni! then masa buat tu, RU berjaya!!yeah! nak nangis pergi peluk ayah je rasa masa tu..huk9 (lau gagal jugak masa tu,mahunya aku menangis sambil pergi belasah pakcik jpj tuh!!)jadi dapatlah lesen!!yeah!

ok,masuk balik ke kehidupan di Uni..kehidupan kat Uni banyak buat RU jadi sedar betapa seronoknya ada parents kat sisi.. (tulah, dulu selalu doa nak belajar jauh2..) masa tu baru menyesal tau.. adik-adik, ingat sedap ke duk jauh dari family?tak sedap langsung k! dalam seminggu mesti 2 or 3 kali call..dari part 1 sampai part 5..tulah rutin..dan masa belajar RU tak pernah dapat dekan..RU dah usaha tapi mungkin usaha tu tak cukup lagi kot..and ada benda yang RU kena baiki..

sedih kot..sampai part 4..still tak dapat lagi..tibalah last sem, RU berdoa sangat moga dapat..tapi sem 5 pulak buat hal..banyak sangat ujian dan dugaan yang RU kena tempuhi..makin rasa down dan takut tak dapat nak penuhi impian ayah yang satu tu... masa minggu exam.mmg struggle sangat untuk buat yang terbaik.. then satu malam tu, sehari sebelum exam untuk paper ke berapa entah, ayah call..masa tu memang RU tengah down pun..ayah macam tau-tau je kan? masa tu pukul 11malam..biasanya paling lewat call pukul 10-10.30malam.. malam tu lain..ayah tanya2..pastu, tiba ayah tanya, "dah last sem ni agak-agak boleh dekan tak?" T_T terus sebak dan berair mata..dengan suara serak-serak jawab "insya'Allah akan wat yang terbaik..pok doala.." pastu bla..bla.. lepas habis, RU terus tekup muka dengan bantal nangis sorang-sorang..TT_TT 

soalan tu sering bermain di fikiran dan bercampur dengan usaha dan dugaan yang di lalui last sem tu, sampai sakit kepala..akhirnya RU pergi study hari-hari kat library sebab nak kurang kan stress yang melampau tu..dan cuba ingat Allah dan study to get the best without see the back.. ^_^ dan Alhamdulillah, RU goT DL for the last semester.. even last, it give some sweet memory and sebab RU dapat jugak tunaikan impian ayah even sekali je..and masa bagitau tu, ayah cakap "Alhamdulillah"..even ayat tu simple tanpa peluk cium seorang ayah..tapi RU tau, ayah gembira dengan berita tu..dan segala penat lelah ayah bagi macam-macam berbaloi.. 

sekarang umur ayah RU dah 60-an..ayah RU da makin tua dan sakit2..T_T RU berharap sangat yang RU sempat untuk membalas jasanya dan bagi duit hasil kerja RU untuk ayah dan mak..RU nak diorang merasa kejayaan RU hasil didikan diorang dan jasa diorang.. ayah is someone that amazing and is the true Hero in my life...he have doing many thing for me and i lucky have such a great ayah in my life!!

and sebab tu RU ada buat satu puisi yang takla A+++ sangat untuk seseorang yang bernama ayah,papa,pok,abi,daddy,abah and whatever la we all call them..tapi memang puisi ni ikhlas dari lubuk hati.. AYAH...love you so much..

sila klik untuk tumbesaran gambar..huhu..
ni puisi RU buat sendiri tau..huk9

okay,macam mana?okay tak puisi ni?huhu.. ayah...engkaulah wiraku!! ermmm...ok, tu jelah untuk entry kali ni..dan ingat..hargailah ayah anda selagi dia ada..jangan sia-siakan mereka..ingatlah jasa dan pengorbanan mereka untuk kita..

dan bagi yang dah kehilangan ayah tu, ayah anda tak pernah hilang..dia sentiasa ada di hati dan ingatan kita..selalulah sedekah kan doa,al-fatihah dan surah yassin untuk mereka..RU doakan mereka sejahtera kat sana dan di tempatkan di kalangan orang-orang yang beriman..  ermm..sebenarnya, korang mungkin beruntung jugak ayah korang dah tak ada..ok,bukan maksud RU nak kata tak ada ayah ni seronok..bukan!tapi sekurang-kurangnya, korang tak adalah nak sedihkan hati ayah korang dengan perbuatan2 korang kat mereka.. RU memang gembira masih ada ayah di sisi, tapi pada masa yang sama sedih sebab selalu jadi anak yang banyak melukan hati mak ayah dan impian mak ayah..dan kadang-kadang biadap dengan diorang.. betapa banyaknya dosa RU dengan parents tanpa kita sedar dan dengan kita sedar.. tapi RU akan cuba untuk berubah jadi anak yang solehah dan mengenang jasa mak ayah..

selagi diorang ada, i'll try to do da best and make them proud and jadi anak yang solehah dan doakan diorang... Ya Allah, thanks for the parents that you give to me..dan Ya Alllah, ampunilah segala dosa-dosa mereka dan kasihilah mereka sebagai mana mereka mengasihi ku sejak kecil..amin...

p/s:benci bila dengar berita pasal anak buang mak ayah..korang memang bodoh!
wassalam..
xoxo

Thursday 28 November 2013

UiTM Machang di HATIKU part 1: gambar berbicara

Assalamualaikum w.b.t..
holla uolss!!

malam ni RU rasa tak sihat plak..mungkin sebab perubah cuaca yang kejap hujan dan kejap panas.. :( tapi RU nak jugak update entry untuk malam ni..RU nak bercerita pasal kawan-kawan Uni..tapi xmampun dan larat untuk taip entry panjang..mungkin RU akan bercerita semula di entry part 2 okay.. sorry..so malam ni RU sajikan korang dengan picture mengenai kehidupan di Uni sepanjang 2taon setengah okay! biar gambar yang berbicara.. ^_^


last memory with my classmate!!girl only!!  
roommate since part 1 until part 5... 
surat pengesahan tamat pengajian!!
part 2 in memory
UiTM Machang ada banyak kemudahan untuk sport tau!!ni tempat untuk tennis!!
UiTM Machang ada gym ok!!tolong cepat2 jelez..huk9..

roommates for 3sem.. 3 of us have been grade, and 1 of us is our junior :D
ni masa menjalankan satu program..lupa part berapa.. masa ni ada pegang jawatan..hehe..nanti cerita lanjut di next entry k.. ^_~

ni budak hebat di UiTM + budak dekan..
dapat p dinner kat hotel..:D

my classmate.. best dpt classmate yang sporting and pandai posing and suka bergambar...
banyak lagi ragam2 diorang masa bergambar..nanti RU share next entry


















ha...macam mana?banyak kan gambar2 yang RU share??ada banyak lagi..dan ada macam-macam ragam dan cerita..dari bilik,ke class,ke program..huhu..and cerita lanjut dan panjang lebar akan RU share kat next entry k..malam ni kena tidur awal sebab badan ni betul-betul rasa lemah sangat-sangat..kena berehat..huhu..(kalau ada suami boleh manja-manja,tolong jaga...haha..tengah sakit-sakit pun boleh berangan lagi..haha..BUKTI RU memang kuat berangan xkira masa,tempat,keadaan..haish)jadi kita jumpa untuk next entry nanti k..

wassalam..
xoxo

kenal Ghulam Ad-Dakwah??

Assalamualaikum w.b.t..
holla uolls!!

kai fahaluka/ki?maksudye apa khabar semua?ka untuk lelaki dan ki untuk perempuan..huhu..berbahasa arab sikit malam ni.. jadi macam yang tertera pada entry kali ni Kenal Ghulam Ad-Dakwah? korang pernah dengar tak pasal Ghulam Ad-Dakwah ni?masa sekolah or kat Uni dulu pernah dengar tak ustaz or ustazah cerita? cerita mengenai Ghulam Ad-Dakwah ni RU dapat tau melalui seorang lecturer..dia bercerita mengenai kisah ni..memang banyak sangat pengajaran yang kita boleh dapat dari kisah ni.. dan kisah ni memang terdapat dalam hadis..biasa kita selalu baca kisah2 cinta,seram,komedi, apa kata skali sekala kita luangkan masa untuk baca kisah-kisah menarik yang memang terdapat dalam hadis dan al-quran.. :)
AMARAN!! hehe...so sebelum korang baca, RU nak bagi peringatan awal, entry ni mengandungi tulisan yang tersangat colorful..huhu..sebenarnya tujuan sebenar sebab RU nak mengelakkan korang bosan baca entry ni..sebab entry ni tersangatttt la panjang...jadi bersabar dan hayati betul-betul kisah tauladan ni ye..pastikan mood tu tengah ok!! lillahi taala..

Di antara nas-nas yang menarik dan mengandungi banyak unsur pengajaran ialah ‘Hadis Sihir, Ghulam dan Rahib’. Ia bolehlah dianggap sebagai kisah dakwah atau sebagai hikayat Iman yang telah berlaku sekian lama.

Haddab bin Khalid menceritakan kepada kami daripada Hammad bin Salamah daripada Sabit bin Abdur Rahman bin Abu Laila daripada Suhaib bahawa Rasulullah SAW bersabda:

                     "Di zaman sebelum kamu ada seorang raja yang mempunyai seorang ahli sihir. Apabila ahli sihir tersebut telah tua, dia berkata kepada raja; “Usiaku telah lanjut, berilah kepadaku seorang ghulam (budak/ remaja) untuk aku ajarkan kepadanya ilmu sihir.” Maka diberikan kepadanya seorang ghulam untuk diajarkan ilmu sihir kepadanya. Di perjalanannya menuju kepada ahli sihir terdapat seorang rahib. Maka ghulam bertemu dengannya, mendengar pengajarannya dan tertarik dengannya. Setiap kali ghulam mendatangi ahli sihir, dia akan melalui rahib dan bertemu dengannya. Apabila dia mendatangi ahli sihir, dia akan dipukul. Lalu dia mengadu perkara tersebut kepada rahib. Rahib menjawab; “ Apabila kamu takut kepada ahli sihir, maka katakanlah; Keluargaku menyebabkan aku pulang lewat. Apabila kamu takut kepada keluargamu, maka jawablah; Ahli sihir menyebabkan aku pulang lewat.” Keadaan tersebut berterusan sehinggalah pada suatu hari dia bertembung dengan seekor binatang besar yang menghalang perjalanan orang ramai. Ketika itu, ghulam tersebut berkata; “Pada hari ini, aku akan mengetahui adakah ahli sihir yang lebih afdal ataupun rahib yang lebih afdal.” Maka dia mengambil seketul batu lalu berdoa; “Ya Allah, sekiranya urusan rahib lebih Kamu sukai daripada urusan ahli sihir, maka bunuhlah binatang ini sehingga orang ramai dapat lalu-lalang.” Dia pun melontarnya, maka binatang tersebut mati dan orang ramai dapat lalu lalang.

                    Lalu dia menceritakan peristiwa tersebut kepada rahib. Maka rahib berkata, “Wahai anakku, kamu pada hari ini adalah lebih afdal daripadaku. Sesungguhnya aku melihat bahawa urusanmu telah sampai kepada satu peringkat. Kamu akan diuji. Sekiranya kamu diuji, janganlah kamu menceritakan tentang aku.” Ghulam tersebut mempunyai kebolehan untuk mengubati penyakit buta sejak lahir, sopak dan dia juga mengubati berbagai lagi penyakit. 

                      Seorang pembesar diraja yang sentiasa bersama raja telah mendengar kisah kebolehan ghulam. Beliau adalah seorang buta. Lalu beliau mendatanginya dengan membawa hadiah yang banyak. Beliau berkata; “Semua yang aku kumpulkan ini adalah untuk kamu sekiranya kamu dapat menyembuhkan aku.” Ghulam menjawab; “Aku tidak boleh menyembuhkan seseorang pun. Yang menyembuhkan hanyalah Allah. Apabila kamu beriman kepada-Nya, aku akan berdoa kepada- Nya, maka Dia akan menyembuhkan kamu.” Lalu beliau beriman, maka Allah  menyembuhkan penyakitnya. Kemudian beliau mendatangi majlis raja. Beliau duduk di sisi raja sebagaimana sebelumnya. Raja berkata kepadanya; “wahai Fulan, siapakah yang telah mengembalikan penglihatanmu?” Beliau menjawab; “Tuhanku.” Raja bertanya lagi; “Apakah kamu mempunyai tuhan selainku.” Beliau menjawab; “Tuhanku dan Tuhanmu adalah Allah.” Beliau terus menerus diseksa sehinggalah beliau menceritakan tentang ghulam. Maka ghulam pun dibawa menghadap. Raja berkata kepadanya; “Wahai anakku, sesungguhnya sihir kamu telah sampai peringkat dapat menyembuhkan penyakit buta, sopak dan berbagai lagi yang kamu lakukan.” Ghulam menjawab; “Aku tidak boleh menyembuhkan sesiapa pun. Yang menyembuhkan hanyalah Allah.” Maka dia pun diseksa. Dia terus menerus diseksa sehinggalah dia menceritakan tentang rahib. Maka rahib dipanggil lalu dikatakan kepadanya; “Tinggalkan agamamu.” Rahib enggan berbuat demikian lalu dibawa gergaji dan diletakkan di tengah-tengah kepalanya sehinggalah tubuhnya terbelah dua.

                        Kemudian dibawa pembesar diraja dan dikatakan kepadanya; “Tinggalkan agamamu.” Dia enggan lalu diletakkan gergaji di tengah-tengah kepalanya sehinggalah tubuhnya terbelah dua. Selepas itu ghulam dibawa dan dikatakan kepadanya; “Tinggalkan agamamu.” Dia enggan lalu dia diserahkan kepada sekumpulan tentera raja. Raja berkata; “pergilah kamu semua membawanya ke bukit sekian-sekian. Dakilah ia. Apabila kamu sampai ke kemuncaknya, jika dia meninggalkan agamanya (maka jangan apa-apakan dia), jika tidak, maka campakkanlah dia. Mereka pergi membawanya dan mendaki bukit tersebut. Ghulam pun berdoa; “Ya Allah, selamatkanlah aku dengan apa cara yang Kamu sukai.” Lalu bukit bergoncang dan mereka semua jatuh. Ghulam pun pulang untuk menemui raja. Raja berkata kepadanya; “apakah yang telah dilakukan oleh kawankawan kamu?” ghulam pun menjawab; “Allah telah menyelamatkan aku daripada mereka.” Lalu dia dihantar kepada sekumpulan tentera yang lain. Raja berkata; “pergilah kamu semua membawanya ke sampan. Bawalah dia ke tengah lautan, jika dia meninggalkan agamanya (maka jangan apa-apakan dia), jika tidak,campakkan dia ke laut. Maka mereka pergi membawa ghulam lalu dia berdoa; ; “Ya Allah, selamatkanlah aku dengan apa cara yang Kamu sukai.” Maka sampan pun terbalik dan mereka semua tenggelam. Ghulam pun pulang untuk menemui raja. Raja berkata kepadanya; “apakah yang dilakukan oleh kawankawan kamu?” dia menjawab; “Allah telah menyelamatkan aku daripada mereka.” 

                       Kemudian dia berkata kepada raja; “Sesungguhnya kamu tidak boleh membunuh aku sehingga kamu melakukan apa yang aku suruh.” Raja berkata; “Apakah dia?” ghulam menjawab; “Kamu kumpulkan orang ramai di suatu kawasan lapang dan kamu salibkan aku pada sebatang pokok. Kemudian kamu ambil anak panahku daripada bekasnya, dan letakkan pada busarnya. Selepas itu sebutlah “Dengan Nama Allah, Tuhan ghulam,” dan panahlah aku. Sekiranya kamu melakukan sedemikian, kamu boleh membunuhku.” Maka raja pun mengumpulkan orang ramai di suatu kawasan lapang, menyalibnya pada sebatang pokok, kemudian mengambil anak panah kepunyaan ghulam daripada bekasnya dan meletakkan pada busarnya. Selepas itu raja berkata; “Dengan Nama Allah, Tuhan
ghulam,” sambil melepaskan anak panah menuju sasarannya. Anak panah tersebut kena pada bahagian di antara mata dan telinga ghulam lalu dia meletakkan tangannya pada tempat panahan dan meninggal. Orang ramai pun berkata; “Kami beriman dengan Tuhan ghulam. Kami beriman dengan Tuhan ghulam. Kami beriman dengan Tuhan ghulam.” Maka raja pun datang dan dikatakan kepadanya; “Apakah tuanku tidak melihat apa yang tuanku takuti. Sesungguhnya, Demi Allah! Ia telah menimpa tuanku. Orang ramai telah semuanya beriman.” Lalu raja memerintahkan supaya digali parit dan dinyalakan api. Raja berkata; “Sesiapa yang tidak kembali kepada agama asalnya, maka humbankan dia ke dalamnya.” Mereka pun melaksanakan perintahnya sehingga datang giliran seorang perempuan dengan membawa bayinya. Dia berhenti kerana takut untuk terjun ke dalam api. Lalu bayinya berkata; “Wahai ibu, bersabarlah, sesungguhnya ibu berada di atas kebenaran.” {Sahih Imam Muslim.}


macam mana?faham tak cerita ni?sebenarnya banyak lagi info yang RU ada mengenai kisah ni..tapi sebab terlalu panjang jadi RU xsimpulkan sangat mengenai kisah ni..untuk  tambahan info korang mungkin boleh terjah ke blog ini atau ini ...
sebenarnya RU ada video dalam bentuk kartun untuk kisah ni..mungkin dengan video lagi mudah faham dan senang untuk ingat..tapi video tu tak dapat nak di upload..entah kenapa dia jadi error.. so xdapatla nak bagi korang tengok video tu..

tapi hopefully korang suka dengan kisah ni dan dapat kita jadikan ianya tauladan bersama and mungkin korang jugak boleh share cerita ni dengan kawan2 atau family.. ilmu yang bermanfaat haruslah di kongsi bersama :)

k...sayang korang ketat!!
wassalam..

Wednesday 27 November 2013

jasa guruku...pendidikku..


Assalamualaikum w.b.t..
hye uolls!!

em...td miss_RU dapat surat from UiTM..surat pengesahan mengatakan yang RU dengan rasminya dah pun tamat pengajian sebagai pelajar diploma pengurusan maklumat (IM110) :D...wah bahagia je rasa tau!tapi tak bahagia sepenuhnya jugak..sekarang berdebar-debar menantikan keputusan kemasukkan ke peringkat degree plak.. fuh..mintak2 dapatla..amin3...

sesungguhnya tak ada sesiapa pun yang akan berjaya kerana dengan dirinya sendiri melainkan dengan bantuan orang lain jugak..maksudnya kat  sini bukanlah kita berjaya sebab bukan kita tak berusaha dan sebab orang tolong 100%...tapi maksud RU kat sini ialah, tanpa orang-orang penting di sekeliling kita,mustahil kita untuk berjaya. (Allah tu sudah semestinya!!^_^)  jadi kejayaan kita itu dengan adanya family kita yang sentiasa ada di samping kita..tak kira lah parents ke, abang kakak adik ke..and kawan-kawan kita..seriously, masa belajar di UiTM, kawan-kawanlah yang always bagi support and tunjuk ajar tau..jadi kita kenalah pandai mencari kawan..jangan cari lawan!

and selain tu siapa lagi yang membantu erk??EH! jangan nak lupa diri k! sudah semestinyalah cikgu kita!atau nama lain lagi cikgu,teacher,miss,madam,lecturer, ustaz, ustazah,sir,prof, and banyak lagi la panggilan-panggilan untuk tenaga pengajar ini..tapi sini RU nak mention sebagai guru.. mereka la tok guru kita yang tak pernah penat menyampaikan ilmu kepada kita.. yelah, kita masing-masing tau kan perangai kita macam mana?betapa nakalnya kita ni (haha..aku memang nakal kat sekolah dulu..kat Uni lagi la..xmatang2!!) so, janganla sesekali kita nak lupakan itu semua.. ingat senang ke nak jadi seorang guru?pendidik? kita nak mengajar kawan kita pun susah! time ada benda yang diorang tak faham,then diorang tanya kita, susah giler kan nak explain and nak mulakan macam mana?so, cubalah fikir guru anda yang mengajar sekelas 30orang..lau 3-4kelas???ambik kau! xke ponat tu??

guru-guruku d SMAM


jadi sebab tu la guru ibarat parents kita yang ke-2 dan ibarat kawan-kawan kita juga.. mereka memainkan peranan yang sangat banyak.. xterhitung tau! biasanya setahun sekali RU akan ke sekolah menengah RU untuk berjumpa dengan cikgu2 sekolah dulu..nasib baik diorang sentiasa ingat lagi..haha..dan ingat kenakalan anak murid dia ni..haha..malu kot! kat Uni, masa mula-mula masuk dulu takut sangat nak jumpa lecturer sebab masa kat sekolah selalu dengar lecturer ni garang2..xpeduli sangat pasal student..dia just masuk mengajar je..

EH! silap tu..bila masuk kt UiTM ni fuh..berubah persepsi tu..lec baik-baik.. (sesetengah garang jugak!hehehe) tapi kalau kita baik dengan lec tu..datang class, adanya dia nak mengamuk tak tentu pasal..so behave yourself! lec la banyak membantu..diorang bagi tips2 untuk get strong result..mengajar dengan sesimple mungkin untuk make their student understand.. and also give information about the world and tell some story that can make us feel motivate! so, lec is the best.. 

ni antara lecturer yang pernah mengajar di UiTM..hanya sebilangan je ni..


dari semester ke semester, RU jumpa macam-macam jenis lec, yang pasti 1, diorang memang seorang guru yang menyampaikan ilmu kepada anak-anak muridnya..  so, hari ni RU nak samapikan satu puisi untuk guru yang ada kat muka bumi ni..huhu.. puisi ni pun RU buat sendiri.. sebenarnya kebetulan, ada seorang kawan RU request masa hari guru hari tu..dia nak guna untuk buat persembahan masa hari guru di sekolah dia...dia form 6 masa tu..jadi RU buatla..tapi puisi ni memang ikhlas dari hati RU di tuju buat  guru-guru sekolah rendah, sekolah menengah dan terbaru guru a.k.a lecturer UiTM ku... with love for uolss!! 

ini puisi khas untuk para pendidikku.. ^_^

ok..tulah mengenai guruku.. kepada kawan2 semua, masih ingat lagikah anda kepada pendidik-pendidik anda?hope korang dan RU sendiri tak akan pernah lupakan mereka sebagai pendidik yang hebat!! thank you untuk semua pendidik2 yang telah mendidik kami dan menjadikan kami manusia yang berguna..semoga Allah sentiasa melindungi para pendidik semua !! <3

p/s: anak murid yang sentiasa merindui guru-guru..kau inspirasiku~~

wassalam...
~fi hifzillah~
xoxo

Saturday 23 November 2013

sahabat sejati like a twin

Assalamualaikum w.b.t…
holla uolls!!

Malam ni RU nak bercerita pasal best friend RU a.k.a BFF..setakat ni yang paling rapat dengan RU ada dua orang..sekarang RU nak bercerita pasal bff yang first dulu..yang paling lama dengan RU.. RU just nka mention nama dia sebagai capital D.. RU kawan dengan dia sejak sekolah rendah lagi..masa darjah 5.. tapi seingat RU masa tu xrapat sangat, just kenal-kenal macam tu je..n untuk pengetahuan korang, masa kami xrapat dulu, masa darjah 5, kami pernah bergaduh besar tau! Masa tu dalam class..EH.. bukan gaduh pasal lelaki ye tapi pasal….ermm..RU pun lupa sebenarnya..huhu.. D pun xingat kenapa kami gaduh teruk sangat masa tu.. masa gaduh tu, sorang duk kat meja and sorang lagi duduk kat sudut bacaan..bising class d sebabkan kami yang bergaduh dengan suara yang kuat..hek9 (aish…wat malu je bila d ingat semula =_=’)

Sebelum kami jadi kawan..banyak benda yang buat kami bersaing antara satu sama lain..ha! masa darjah 5 tu jugak..kami bersaing untuk merebut jawatan penolong class..hehe (budak2,biasala :P) tapi masa tu bukan kami pun yang nak.. masa pencalonan tu (ingat nak pilih pemimpin je de pencalonan bagai??) nama kami jadi taruhan.. so, berlaku la persaingan dalam mengundi tu..huhu.. RU di pilih sebab masa darjah 2,3,4 RU dah memang biasa dengan jawatan ketua and penolong class ni..^_^ sebab tu la orang calonkan (ok,ko memang perasan sokmo kan??).. and D jugak dah biasa jadi penolong..{oh ye, masa darjah 5 ni, baru first time tau kami sekelas and kenal..}ok so sengit la jugak “pilihan raya” masa tu...kihkihkih.. tapi D yang menang and jadi penolong class.. RU kalah tipis dengan kurang 1 undi..sobsobsob.. (maka habisla riwayat RU sebagai penolong :’) )

Cara kitorang kenal memang pelik and unik kan? Tapi tulah, entah macam mana lah akhirnya kami boleh jadi bestfriendforever Lol..hehe.. ok, kami start rapat bila masuk sekolah menengah, and masa form 2 kami sekelas and jadi rapat..padahal masa sekolah rendah dulu, RU tegur dia pun x..coz dia geng dengan budak-budak hebat..sombong ceq nak habaq kat hang…hohoho (mohon D tak baca la blog ni.. :P) so, from form 2 we become close and close and be BFF and we like a twin.. (orang sekeliling ynag habaq mai kat ceq) banyak benda kami share sama-sama and apa yang buat orang kata twin tu ialah, sebab apa yang kami rasa,apa yang kami pilih and apa yang kami tengok biasanya mesti sama..secara kebetulan dan tak di rancang.. even, kalau time kami nak g “dating”, tup tup terpakai baju yang color sama..huhu.. macam gedikkk je kan? (D!harap suami kita tak sama k!! :P) maybe tu kata orang penangan SAHABAT SEJATI kot..hehe… tapi Sesungguhnya, kami bersahabat lillahi taala…kerana Allah s.w.t.. :D

D ni RU labelkan sebagai seorang yang sangat kuat dan tabah.. antara D and RU, D kadang-kadang hadapi banyak masalah..n tu buat RU cemburu tengok dia..sebab dia kuat and tabah hadapinya..even dia cakap RU lagi kuat and tabah dari dia.. D selalu meluahkan perasaan dia,masalah dia..and RU sebagai bff sedia mendengar segala luahan dia.. RU ni jenis yang suka dengar luahan kawan-kawan..ramai kawan-kawan yang share masalah diorang dengan RU (tapi diri sendiri susah nak luah kat orang lain..mulalah jadi pemendam T_T) ok..even masalah cinta pun RU dengar and tolong nasihat apa yang patot..padahal bercinta pun tidak..haha..tapi seriously, RU suka dengar luahan or cerita yang d share kawan-kawan, sebab RU boleh jadikan ianya sebagai panduan di masa hadapan dan ianya buat RU jadi bertambah matang.. ingat kadang-kadang, pengalaman seseorang itu juga boleh mengajar kita menjadi dewasa..jadi, dari pengalaman diorang la RU jadi berhati-hati dalam meniti arus kehidupan.. J
 RU hrap sgt hbungn ktorg akn jd smakin rpat n akn kekal hgga akhr hayat ktorg…:D




Kepada D, kalau ko terbaca entry ni, aku nak bagitau, yang aku sayang sangat ko..aku harap hubungan kita akan kekal,menjadi semakin rapat and harap persahabatan yang d bina kerana ALLAH ini akan kekal hingga ke akhirat.. D & E friendship forever <3 J

Emm...dan, RU pun sayangkan kawan-kawan di alam maya ni..harap hubungan ni jugak akan kekal semakin rapat and kalau ada jodoh, boleh jumpa luar dari alam maya ni untuk share some opinion.. J
luv u all!!

Wassalam..

Xoxo

Zaman sekolah vs zaman universiti

Assalamualaikum w.b.t.
Holla uolls!!

Em…hari ni RU ada exam MUET.. today doing exam for reading, writing and listening.. so, RU ambik dekat sekolah exam ni..dengan beberapa calon persendirian yang lain.. tempat RU ambik ni dekat dengan sekolah menengah RU..so, time balik dari exam tu, lalu depan sekolah lama.. tengah drive sorang, jadi terimbau kembali kenangan semasa kat sekolah menengah..you know, when you have finish your study as school..you will realize something.. kita akan berkata, kenapa aku tak gunakan waktu-waktu aku kat sekolah dulu dengan penuh seronok dengan kawan-kawan dan cikgu-cikgu? Kenapa aku habiskan masa dengan sibuk berfikir, bila aku nak habis belajar?bila aku nak tinggalkan sekolah?bila aku nak dewasa?bila aku nak campak kasut sekolah ni?bila aku boleh tinggalkan baju sekolah yang tiap-hari asyik baju sama je yang d pakai..bosan!

Tapi sedarlah, hakikatnya, bila kaki kita melangkah keluar dari sekolah, meninggalkan dunia persekolahan buat selama-lamanya..anda akan menjadi seorang yang amat merindukannya..  rasa seperti tolonglah putarkan balik masa..aku mahu kembali ke dunia remaja aku semula, dunia persekolahan ku.. kau akan menyedarinya.. jadi, kepada adik-adik, janganlah terlalu menantikan saat perpisahanmu  dengan dunia persekolahan,,kerana kau akan merinduinya nanti..sama seperti kami kakak2 dan abang2 mu..

Seriously,dunia persekolahan yang paling aku rindui.. RU rindu sangat dengan sekolah lama RU.. dulu RU sekolah di sekolah menengah agama.. jadi banyak aktiviti-aktiviti agama yang ada.. bila masuk Uni, semuanya berbeza dan RU merasakan semakin jauh dari-NYA.. semester pertama, penuh dengan kelalaian.. bila masuk semester kedua, perkataan hilang tu makin di rasai.. dan kerinduan mula menerjah.. di sekolah agama dulu, sekurang-kurangnya, dalam sehari mesti akan ada solat berjemaah yang RU lakukan..sebabnya, lepas habis waktu class, semua pelajar kena solat zohor berjemaah dulu d surau.. bagi yan uzur, mereka still dapat kumpul pahala..iaitu akan ada tazkirah khas yang akan di sampaikan oleh ustazah-ustazah.. kalau pagi-pagi, semua pelajar akan mendengar bacaan ayat al-quran yang d baca oleh pelajar-pelajar yang di pilih..dan kami akan mendengar sambil meneliti maksdu-maksud tafsirannya.. sungguh rindukan saat itu..sekurang-kurangnya, dalam sehari ada jugak buka tafsir @ al-quran..tapi d Uni, selalu miss membacanya.. L

Bila masuk uni, banyak kekosongan yang d rasai.. bila masuk semester dua, RU cuba mencari kehilangan tu, Alhamdulillah, RU jumpa.. RU di kelilingi kawan-kawan yang suka share bahan-bahan ilmiah.. kami adakan bulatan gembira untuk mendapatkan sedikit ilmu agama setelah kami penat mencari ilmu dunia.. J

Tapi kehidupan di Uni yang kadang-kadang sibuk dengan program dan meeting, jadi buat RU kadang-kadang skip bulatan gembira ni.. kat Uni RU sibuk dengan berpesatuan and RU aktif join program sebab RU suka sibukkan diri dengan semua tu..tapi ada salahnya di situ, sebab akhirat di tinggal demi mencari dunia.. :’( tapi jika niat di pasang betul dan demi menunaikan amanah yang d pegang dalam berpersatuan, insya’Allah ada redha-NYA bukan?

Tapi Alhamdulillah, kehidupan di Uni tidak terlalu melalaikan RU sebab untung d kelilingi kawan-kawan yang sering ingat-mengingati dan saling nasihat-menasihati.. ukhuwah yang kuat kerana-NYA… seperti kita tau, kebanyakkan yang masuk Uni, ada yang culture shock.. berubah dari baik ke buruk.. masa mula-mula masuk dulu, itulah benda first sekali yang RU takut..takut xdapat bawak diri sebaik mungkin kat tempat orang.. tapi Alhamdulillah, semuanya dapat di harungi dengan baik untuk diploma ni..hope untuk degree nanti, keadaan sama akan berlaku dan moga  bertambah lebih baik lagi…

p/s:benda yang lepas jadikan kenangan dan jangan di kenang selalu tapi jadikan ianya sebagai imbasan kita untuk berubah jadi yang lebih baik dan untuk buat yang terbaik J

wassalam..
xoxo

Thursday 21 November 2013

hobi+barang kesayangan

Assalamualaikum w.b.t..
holla uolls!^_^

ok..entry kali ni sangat membosankan.. RU xtahu nak update pasal apa..so RU rasa nak share pasal hobi dan barang kesayangan RU.. salah satu hobi RU ialah menulis puisi..hobi ni sejak zaman sekolah lagi.. RU ada satu buku khas untuk puisi-puisi hasil ciptaan RU sendiri.. tapi sejak masuk Uni, hobi tu dah kurang sikit sebab sibuk dan memang tak sempat nak "koya" and reka puisi..huhu..lagipun buku tu RU xbawak ke Uni and tinggal kat rumah..biarlah dia duk diam2 kat rumah..huhu

buku puisi ku...macam-macam puisi di coretkan di dalam ni.. hak cipta terpelihara ...haha



hobi yang ke dua..RU suka baca buku..memang banyak la jugak koleksi buku-buku yang RU ada..RU suka baca semua jenis buku.. komik,majalah,buku ilmiah,novel cinta,novel seram.. tapi sekarang RU baca buku yang more kepada novel seram and komik..RU dah kurang sikit baca novel-novel cinta sebab masa zaman sekolah dulu,dah banyak sangat baca novel cinta..jadi dah boring sikit..tapi still baca lagi..hehe..jiwang-jiwang kena ada jugak sikit..huhu..and koleksi novel seram dan misteri dah slow-slow bertambah..hehe..sekarang RU giat mengumpul koleksi novel dari Ramlee Awang Murshid(RAM)..novel-novel dia best,misteri and mistik..huhu..yang macam tu la RU suka..

koleksi buku-buku yang RU ada..macam-macam jenis ada

ni koleksi buku RAM yang RU ada...magis yang latest  ^_^

ni pulak koleksi buku-buku misteri and seram yang RU ada..best tau baca buku-buku ni..hehe


selain itu,(BM a++++) hobi RU suka kumpul key-chain..xkira la key-chain macam mana pun..semua RU ambik and simpan.. rasa puas and seronok bila tengok koleksi bertambah-tambah..and kadang RU pun suka kumpul benda-benda pelik tapi ada makna..RU akan simpan barang yang bagi RU ada makna di sebalik barang tu..even kalau plastik ubat sekalipun..sebab bagi RU ada cerita di sebalik benda tu..ok..bila budak IM bercakap pasal penyimpanan record..haha..penting untuk kita simpan barang-barang yang ada sejarah dalam hidup kita..hehe

koleksi key-chain yang ada and hadiah-hadiah dari kawan2


ha!dulu hobi RU suka tulis diari..ada 5buah diari dalam simpanan RU..RU start tulis dia masa sekolah menengah..form 2 kot.. tapi bila masuk Uni..semua tu jarang dah buat..ada beli 1buku khas untuk diari..tapi xsampai pun 20helai tulis..ermm..aish..bila duk UNi ni..macam-macam benda yang kita selalu buat akan hilang sikit..huh..

nila koleksi my buku my diari..huhu (tnggu masa nak lupus je ni..xleh simpan lama2,manyak rahsia ma :P)

so, itulah hobi dan barang kesayangan RU..ermm... jadi ini jelah yang nak di bebelkan oleh RU yang keboringan menganggur di rumah...aish...

p/s:kena dapatkan kerja untuk mengelakkan keboringan melampau dan buat orang menyampah T_T

k,wassalam..
~fi hifzillah~
xoxo