Pages

the time is running ^_^

Sunday 5 January 2014

10 amalan hidup

Assalamualaikum w.b.t..
Holla uolls!! ^_^

Rasanya tak terlambat untuk ucap Selamat Tahun Baru 2014 untuk semua.  Semoga tahun ni kita menjadi seorang hamba-NYA yang semakin mendekatkan diri kita kepada pencipta yang satu, ALLAH s.w.t. Bila tahun berganti tahun, bermakna kita semakin tua dan menghampiri mati yang pasti. Sekian tazkirah hari ni..huhuhuhu… sekali sekala kita kenala saling ingat-mengingati antara satu sama lain. Tak susah dan tak penat pun. J

Penutup tahun 2013 dan pembuka tahun 2014 RU kali ni tak la seronok. Sebab mak ayah dan adik RU demam teruk. Tapi alhamdulillah mak dan adik dah beransur pulih. Tapi ayah RU masih lagi tak berapa sihat. Ya Allah moga kau sembuhkan penyakit ayah ku secepat mungkin. Dah dekat 2minggu dah mereka demam. Dan maka RU telah memegang jawatan ketua keluargala..hehehe.. macam-macamla kena wat, masak tapi tak masak sangat pun. Pagi-pagi pukul 7pagi, hantar adik ke sekolah. Lepas tu kemas rumah, basuh pinggan, sidai kain dan sebagainya lah.. Then pukul 1pm pergi ambik anak sedara darjah 1 kat sekolah plak. Pukul 2pm ambik adik kat sekolah menengah plak.. haha..macam-macamla RU buat.. pergi buang sampah, pergi beli makanan, pergi isi air sukida dalam geleng besar..huhu..penat..macam tula mak ayah selalu buat. Baru rasa macam mana susahye..tu baru jaga mak ayah adik..bayangkanlah mak ayah jaga 9 orang anak.. L

Okay, dah kisah penutup 2013 dan pembuka 2014 ni. Berdasarkan tajuk entry hari ni, RU ingat nak share pasal 10 tips amalan hidup. RU dapat dari majalah Dara.com..

1_ Sesiapa yang berselawat tidak kiralah berapa banyak hitungnya pada setiap hari, dirinya akan mendapat keberkatan dalam apa jua yang dilakukannya dengan syarat ia berusaha mencari keredaanNya.

2_ Nabi Muhammad s.a.w tidak pernah mencela makanan.  Jika baginda suka, baginda makan dan jika sebaliknya, baginda tinggalkan. (H.R Bukhari). Apatah lagi jika makanan itu pemberian orang lain.

3_ Perbaharui wuduk tiap kali bersolat kerana padanya terdapat banyak fadhilat. Sesiapa yang berwuduk dalam keadaan suci, Allah mencatatkan sepuluh kebaikan baginya. (H.R. Abu Dawud)

4_ Menutup mulut dan merendahkan suara ketika bersin. Apabila Rasulullah bersin, baginda meletakkan tangan atau pakaiannya dimulut (kerana dibimbangi terpecik.) (H.R Abu Dawud)

5_ Jiwa yang gelisah dapat di tenangkan dengan berzikir, termasuklah berselawat sekerap mungkin kerana Allah itu Maha Luas Rahmat-Nya.

6_ Bersujud syukur jika kamu mendapat khabar gembira. Nabi Muhammad s.a.w sering melakukannya ketika mendapat khabar yang menyenangkan sebagai tanda syukur hamba kepada Allah. (H.R Abu Dawud)

7_ Rasulullah tidak pernah menolak hadiah. Baginda selalu menerima hadiah dan baginda amat menghargainya. (H.R Bukhari)

8_ Berdiri apabila melihat iringan jenazah. Apabila kamu sekalian melihat jenazah (yang diusung), maka berdirilah (sebagai tanda penghormatan). (H.R Muttafaq Alaih)

9_ Mudahkan sesuatu dan janganlah kamu menyukarkannya. (H.R Muttafaq Alaih)

10_ Apabila Rasulullah tidur, baginda akan mengiring sebelah kanan. (H.R Bukhari)


okay, tula 10 amalan hidup yang kita boleh selalu amalkan.moga perkongsian ILMU ni akan bermanfaat untuk anda semua dan sudah semestinya untuk RU sendiri jugak. ^_^

"Wahai Tuhan kami, kami telah beriman; oleh itu ampunkanlah dosa kami serta berilah rahmat kepada kami dan sememangnya Engkaulah jua sebaik-baik Pemberi rahmat."

wassalam..
~fi hifzillah~

xoxo 

2 comments:

  1. waalaikumussalam tuan punye blog. 1st of all, time cuti ni mmg dah jadi mcm suri rumah jugak. pagi lepas subuh siapkan makanan abang utk dia pi kerja and mkn pg buat kakak. lepas tu kemas umah. basuh baju if mesin dah penuh. buang sampah. lipat baju. and macam2 lagi la. tghr siapkan mknn tghr pulak, tp most of the time abg yg akan msk so zuby tlg je. hehehe. tp entah kenapa, rasa bahagia buat benda ni semua. syukur pd Illahi. dapat berbakti kpd keluarga even dgn pengorbanan yg x seberapa ni. and moga ayah eda akan sembu. amin. and secondly, thanks for the sharing. ada yg zuby dah taw, and ada jugak baru taw. moga Allah memberkati. amin.

    ReplyDelete
    Replies
    1. btol tu..time cuti nila dpt luang masa nak b'bakti kan?ble da bljar, mmg xdptla..bljar plak jauh..jarang2 balik..bile buat rasa puas n kita dpt rasa mcm mna sushye nk jd suri rumah n nk jga kluarga ni...alhamdulillah..bkn kje snang kan?
      amin..tq zuby..

      Delete