Pages

the time is running ^_^

Wednesday 27 November 2013

jasa guruku...pendidikku..


Assalamualaikum w.b.t..
hye uolls!!

em...td miss_RU dapat surat from UiTM..surat pengesahan mengatakan yang RU dengan rasminya dah pun tamat pengajian sebagai pelajar diploma pengurusan maklumat (IM110) :D...wah bahagia je rasa tau!tapi tak bahagia sepenuhnya jugak..sekarang berdebar-debar menantikan keputusan kemasukkan ke peringkat degree plak.. fuh..mintak2 dapatla..amin3...

sesungguhnya tak ada sesiapa pun yang akan berjaya kerana dengan dirinya sendiri melainkan dengan bantuan orang lain jugak..maksudnya kat  sini bukanlah kita berjaya sebab bukan kita tak berusaha dan sebab orang tolong 100%...tapi maksud RU kat sini ialah, tanpa orang-orang penting di sekeliling kita,mustahil kita untuk berjaya. (Allah tu sudah semestinya!!^_^)  jadi kejayaan kita itu dengan adanya family kita yang sentiasa ada di samping kita..tak kira lah parents ke, abang kakak adik ke..and kawan-kawan kita..seriously, masa belajar di UiTM, kawan-kawanlah yang always bagi support and tunjuk ajar tau..jadi kita kenalah pandai mencari kawan..jangan cari lawan!

and selain tu siapa lagi yang membantu erk??EH! jangan nak lupa diri k! sudah semestinyalah cikgu kita!atau nama lain lagi cikgu,teacher,miss,madam,lecturer, ustaz, ustazah,sir,prof, and banyak lagi la panggilan-panggilan untuk tenaga pengajar ini..tapi sini RU nak mention sebagai guru.. mereka la tok guru kita yang tak pernah penat menyampaikan ilmu kepada kita.. yelah, kita masing-masing tau kan perangai kita macam mana?betapa nakalnya kita ni (haha..aku memang nakal kat sekolah dulu..kat Uni lagi la..xmatang2!!) so, janganla sesekali kita nak lupakan itu semua.. ingat senang ke nak jadi seorang guru?pendidik? kita nak mengajar kawan kita pun susah! time ada benda yang diorang tak faham,then diorang tanya kita, susah giler kan nak explain and nak mulakan macam mana?so, cubalah fikir guru anda yang mengajar sekelas 30orang..lau 3-4kelas???ambik kau! xke ponat tu??

guru-guruku d SMAM


jadi sebab tu la guru ibarat parents kita yang ke-2 dan ibarat kawan-kawan kita juga.. mereka memainkan peranan yang sangat banyak.. xterhitung tau! biasanya setahun sekali RU akan ke sekolah menengah RU untuk berjumpa dengan cikgu2 sekolah dulu..nasib baik diorang sentiasa ingat lagi..haha..dan ingat kenakalan anak murid dia ni..haha..malu kot! kat Uni, masa mula-mula masuk dulu takut sangat nak jumpa lecturer sebab masa kat sekolah selalu dengar lecturer ni garang2..xpeduli sangat pasal student..dia just masuk mengajar je..

EH! silap tu..bila masuk kt UiTM ni fuh..berubah persepsi tu..lec baik-baik.. (sesetengah garang jugak!hehehe) tapi kalau kita baik dengan lec tu..datang class, adanya dia nak mengamuk tak tentu pasal..so behave yourself! lec la banyak membantu..diorang bagi tips2 untuk get strong result..mengajar dengan sesimple mungkin untuk make their student understand.. and also give information about the world and tell some story that can make us feel motivate! so, lec is the best.. 

ni antara lecturer yang pernah mengajar di UiTM..hanya sebilangan je ni..


dari semester ke semester, RU jumpa macam-macam jenis lec, yang pasti 1, diorang memang seorang guru yang menyampaikan ilmu kepada anak-anak muridnya..  so, hari ni RU nak samapikan satu puisi untuk guru yang ada kat muka bumi ni..huhu.. puisi ni pun RU buat sendiri.. sebenarnya kebetulan, ada seorang kawan RU request masa hari guru hari tu..dia nak guna untuk buat persembahan masa hari guru di sekolah dia...dia form 6 masa tu..jadi RU buatla..tapi puisi ni memang ikhlas dari hati RU di tuju buat  guru-guru sekolah rendah, sekolah menengah dan terbaru guru a.k.a lecturer UiTM ku... with love for uolss!! 

ini puisi khas untuk para pendidikku.. ^_^

ok..tulah mengenai guruku.. kepada kawan2 semua, masih ingat lagikah anda kepada pendidik-pendidik anda?hope korang dan RU sendiri tak akan pernah lupakan mereka sebagai pendidik yang hebat!! thank you untuk semua pendidik2 yang telah mendidik kami dan menjadikan kami manusia yang berguna..semoga Allah sentiasa melindungi para pendidik semua !! <3

p/s: anak murid yang sentiasa merindui guru-guru..kau inspirasiku~~

wassalam...
~fi hifzillah~
xoxo

No comments:

Post a Comment