Pages

the time is running ^_^

Saturday 23 November 2013

Zaman sekolah vs zaman universiti

Assalamualaikum w.b.t.
Holla uolls!!

Em…hari ni RU ada exam MUET.. today doing exam for reading, writing and listening.. so, RU ambik dekat sekolah exam ni..dengan beberapa calon persendirian yang lain.. tempat RU ambik ni dekat dengan sekolah menengah RU..so, time balik dari exam tu, lalu depan sekolah lama.. tengah drive sorang, jadi terimbau kembali kenangan semasa kat sekolah menengah..you know, when you have finish your study as school..you will realize something.. kita akan berkata, kenapa aku tak gunakan waktu-waktu aku kat sekolah dulu dengan penuh seronok dengan kawan-kawan dan cikgu-cikgu? Kenapa aku habiskan masa dengan sibuk berfikir, bila aku nak habis belajar?bila aku nak tinggalkan sekolah?bila aku nak dewasa?bila aku nak campak kasut sekolah ni?bila aku boleh tinggalkan baju sekolah yang tiap-hari asyik baju sama je yang d pakai..bosan!

Tapi sedarlah, hakikatnya, bila kaki kita melangkah keluar dari sekolah, meninggalkan dunia persekolahan buat selama-lamanya..anda akan menjadi seorang yang amat merindukannya..  rasa seperti tolonglah putarkan balik masa..aku mahu kembali ke dunia remaja aku semula, dunia persekolahan ku.. kau akan menyedarinya.. jadi, kepada adik-adik, janganlah terlalu menantikan saat perpisahanmu  dengan dunia persekolahan,,kerana kau akan merinduinya nanti..sama seperti kami kakak2 dan abang2 mu..

Seriously,dunia persekolahan yang paling aku rindui.. RU rindu sangat dengan sekolah lama RU.. dulu RU sekolah di sekolah menengah agama.. jadi banyak aktiviti-aktiviti agama yang ada.. bila masuk Uni, semuanya berbeza dan RU merasakan semakin jauh dari-NYA.. semester pertama, penuh dengan kelalaian.. bila masuk semester kedua, perkataan hilang tu makin di rasai.. dan kerinduan mula menerjah.. di sekolah agama dulu, sekurang-kurangnya, dalam sehari mesti akan ada solat berjemaah yang RU lakukan..sebabnya, lepas habis waktu class, semua pelajar kena solat zohor berjemaah dulu d surau.. bagi yan uzur, mereka still dapat kumpul pahala..iaitu akan ada tazkirah khas yang akan di sampaikan oleh ustazah-ustazah.. kalau pagi-pagi, semua pelajar akan mendengar bacaan ayat al-quran yang d baca oleh pelajar-pelajar yang di pilih..dan kami akan mendengar sambil meneliti maksdu-maksud tafsirannya.. sungguh rindukan saat itu..sekurang-kurangnya, dalam sehari ada jugak buka tafsir @ al-quran..tapi d Uni, selalu miss membacanya.. L

Bila masuk uni, banyak kekosongan yang d rasai.. bila masuk semester dua, RU cuba mencari kehilangan tu, Alhamdulillah, RU jumpa.. RU di kelilingi kawan-kawan yang suka share bahan-bahan ilmiah.. kami adakan bulatan gembira untuk mendapatkan sedikit ilmu agama setelah kami penat mencari ilmu dunia.. J

Tapi kehidupan di Uni yang kadang-kadang sibuk dengan program dan meeting, jadi buat RU kadang-kadang skip bulatan gembira ni.. kat Uni RU sibuk dengan berpesatuan and RU aktif join program sebab RU suka sibukkan diri dengan semua tu..tapi ada salahnya di situ, sebab akhirat di tinggal demi mencari dunia.. :’( tapi jika niat di pasang betul dan demi menunaikan amanah yang d pegang dalam berpersatuan, insya’Allah ada redha-NYA bukan?

Tapi Alhamdulillah, kehidupan di Uni tidak terlalu melalaikan RU sebab untung d kelilingi kawan-kawan yang sering ingat-mengingati dan saling nasihat-menasihati.. ukhuwah yang kuat kerana-NYA… seperti kita tau, kebanyakkan yang masuk Uni, ada yang culture shock.. berubah dari baik ke buruk.. masa mula-mula masuk dulu, itulah benda first sekali yang RU takut..takut xdapat bawak diri sebaik mungkin kat tempat orang.. tapi Alhamdulillah, semuanya dapat di harungi dengan baik untuk diploma ni..hope untuk degree nanti, keadaan sama akan berlaku dan moga  bertambah lebih baik lagi…

p/s:benda yang lepas jadikan kenangan dan jangan di kenang selalu tapi jadikan ianya sebagai imbasan kita untuk berubah jadi yang lebih baik dan untuk buat yang terbaik J

wassalam..
xoxo

No comments:

Post a Comment