Pages

the time is running ^_^

Friday 29 November 2013

ayahku, wiraku..


Assalamualaikum w.b.t..
holla uolls!! ^_^

jumaat yang tenang di iringi dengan hujan rahmat yang d turukan oleh-NYA.. hari yang sungguh tenang dan damai.. mungkin bagi sesetangah orang hujan hari ni menyusahkan diorang,mengganggu rutin harian diorang, tapi ingatlah setiap yang berlaku ada hikmahnya..dan kita tak tahu, mungkin Allah turunkan hujan ni untuk seseorang yang sangat memerlukan hujan ni.. dan manusia ni memang selalu tak bersyukur kan? (aku tergolong lam tu jugaklah!! T_T) time hujan nak panas, time panas nak hujan..tau nak merungut je..sejukkk.. (memang aku la orangnya TT_TT) cubala bersyukur.. Alhamdulillah.. jadi marila kita sama-sama cuba memperbaiki diri kita ni kan???

okay!!dah la tu dengan tazkirah jumaat ni..haha.. :P saja nak isi rohani ni sikit..so macam yang tertera pada tajuk entry ni, ayahku,wiraku.. RU nak bercerita pasal AYAH... seriously, bagi RU, ayah la orang yang paling kita susah nak faham dan kenal.. sebab ayah ni banyak pendam je semua benda..even rasa sayang dia kat kita pun jarang-jarang je dia tunjuk.. tapi still kita sebagai anak ni tak reti bahasa,nak jugak cakap ayah tak sayang kita (gedebuk!aku la tu kot T_T)  .. memang seorang ayah ni memang macam tu.lebih-lebih lagi ayah-ayah yang zaman dulu..yang sekarang area umur 40-an ke atas..kan3??? 

ok, RU nak cerita pasal ayah RU..dia memang tegas jugakla.. and sangat menjaga anak-anak dia..sampai kawan-kawan RU kata RU anak ayah mak yang manja.. (ok!!aku xboleh terima k!) sebabnya, masa zaman sekolah, kalau RU nak join apa-apa program or sport, memang ayah RU tak kasi sangat.. ingat lagi masa darjah enam, betapa susahnya RU nak mintak kebenaran untuk join perkhemahan.. padahal atktiviti tu kat sekolah je plus dekat kot dengan rumah!haha..tapi tulah..and if nak pergi jalan-jalan pu susah.. masa zaman sekolah tu memang dalam kepala fikir, "ayah ni, asyik  nak mengongkong je!tak sporting langsung! okay!biadap! T_T 

tapi, bila dah makin besar, iaitu bila dah masuk Uni, baruku sedar hakikat sebenarnya..ada sebab kenapa ayah buat macam tu..sebab sayang!sebab tak nak anak dia jadi sosial!sebab parents kita lebih kenal anak-anak mereka! bila RU masuk Uni, RU lebih pandai bawak diri dan tak nano a.ka nakal..jadi behave sikit perangai..n sampaikan, bila nak join apa-apa program luar atau nak pergi jalan-jalan dengan kawan-kawan kat tempat jauh, RU masih kekalkan "tradisi" dulu..mintak permission dulu..tanda kita hormat ayah kita sebagai penjaga kita! jangan ingat dengan suami je de permission bagai ni k!selagi kita di bawah jagaan ayah kita, kita kena inform diorang dan mintak kebenaran diorang.. 

ayah RU sangat bekerja kuat untuk bahagiakan family..even da pencen pun, still cari kerja sampingan lain...sebab duit pencen manalah cukup..padahal masa tu umur ayah dah 50-an..penat kot.. T_T RU sedih jugak kadang-kadang sebab tak banyak pun impian ayah yang RU tunaikan..masa spm 2010..lepas ambik result RU call ayah, bagitau result dapat 3A je..and ayah bagitau "oklah tu..tapi tak capai jugak target pok,ingat dapatla 4A or 5A"..RU nangis masa tu (ok,sekarang pun mata da berair T_T) masa tu nak je masa berundur semula..RU dapat 3A dan banyak B..kalaulah B yang banyak tu tukar jadi A..tapi nasi dah jadi bubur..xboleh nak masak semula jadi nasi.. Ya Allah..aku dah kecewakan ayahku..

then RU berdoa sangat harap-harap dapat masuk Uni..nak gembirakan hati ayah semula..dan Alhamdulillah, Allah makbulkan dan RU dapat masuk Uni.. masa hantar tu, RU menangis, seriously, xtau malu langsung masa tu..padahal kat kawasan tu ramai family dan budak-budak baru jugak..(ah!tak kira masa tu!) salam dengan perasaan sebak sebab tak pernah berpisah..paling lama 3-4 hari je..sebab berkhemah..huwawa..nangis siot..

and satu lagi benda istimewa dan buat RU rasa sebak..ialah masa nak ambik ujian memandu.. apakah? ni nak cerita ni..tapi cerita ni memalukan sikit..huk9..lepas spm, RU ambik ujian memandu untuk dapatkan lesen memandu kereta..and nak di jadian ceritanya, sejarah masa ambik ujian tu.. 

1:RU gagal sekali masa ujian berkomputer tu.. (malu je!!duit terbang!)
2: gagal ujian memandu untuk dalam litar 2kali+jalan raya sekali..T_T duit terbang lagi!!!

first tu, dua-dua gagal..dalam litar gagal, sebab pijak line putih sikit je kot!aish..dan jalan raya sebab nervous, jpj punyalah garang + serius!aish..then ujian kali kedua, jalan raya berjaya!!yeah!! TAPI!! litar fail lagi dan di tempat yang sama!!argh! duit melayang lagi..(duit siapa?duit ayah jugak!) RU pun tak tau kenapa lah susah sangat..kat tempat sama pulak tu..then masa ke -3 ni..nak di jadikan cerita..masa duk menunggu tu..dari jauh RU nampak someone..macam kenal.."EH! tu bukan ayah aku ke??" ok,ayah RU datang senyap-senyap nak tengok anak dia yang gagal manyak kali ni..huhu T_T then mari satu semangat masa tu..nak berjaya jugak kali ni! then masa buat tu, RU berjaya!!yeah! nak nangis pergi peluk ayah je rasa masa tu..huk9 (lau gagal jugak masa tu,mahunya aku menangis sambil pergi belasah pakcik jpj tuh!!)jadi dapatlah lesen!!yeah!

ok,masuk balik ke kehidupan di Uni..kehidupan kat Uni banyak buat RU jadi sedar betapa seronoknya ada parents kat sisi.. (tulah, dulu selalu doa nak belajar jauh2..) masa tu baru menyesal tau.. adik-adik, ingat sedap ke duk jauh dari family?tak sedap langsung k! dalam seminggu mesti 2 or 3 kali call..dari part 1 sampai part 5..tulah rutin..dan masa belajar RU tak pernah dapat dekan..RU dah usaha tapi mungkin usaha tu tak cukup lagi kot..and ada benda yang RU kena baiki..

sedih kot..sampai part 4..still tak dapat lagi..tibalah last sem, RU berdoa sangat moga dapat..tapi sem 5 pulak buat hal..banyak sangat ujian dan dugaan yang RU kena tempuhi..makin rasa down dan takut tak dapat nak penuhi impian ayah yang satu tu... masa minggu exam.mmg struggle sangat untuk buat yang terbaik.. then satu malam tu, sehari sebelum exam untuk paper ke berapa entah, ayah call..masa tu memang RU tengah down pun..ayah macam tau-tau je kan? masa tu pukul 11malam..biasanya paling lewat call pukul 10-10.30malam.. malam tu lain..ayah tanya2..pastu, tiba ayah tanya, "dah last sem ni agak-agak boleh dekan tak?" T_T terus sebak dan berair mata..dengan suara serak-serak jawab "insya'Allah akan wat yang terbaik..pok doala.." pastu bla..bla.. lepas habis, RU terus tekup muka dengan bantal nangis sorang-sorang..TT_TT 

soalan tu sering bermain di fikiran dan bercampur dengan usaha dan dugaan yang di lalui last sem tu, sampai sakit kepala..akhirnya RU pergi study hari-hari kat library sebab nak kurang kan stress yang melampau tu..dan cuba ingat Allah dan study to get the best without see the back.. ^_^ dan Alhamdulillah, RU goT DL for the last semester.. even last, it give some sweet memory and sebab RU dapat jugak tunaikan impian ayah even sekali je..and masa bagitau tu, ayah cakap "Alhamdulillah"..even ayat tu simple tanpa peluk cium seorang ayah..tapi RU tau, ayah gembira dengan berita tu..dan segala penat lelah ayah bagi macam-macam berbaloi.. 

sekarang umur ayah RU dah 60-an..ayah RU da makin tua dan sakit2..T_T RU berharap sangat yang RU sempat untuk membalas jasanya dan bagi duit hasil kerja RU untuk ayah dan mak..RU nak diorang merasa kejayaan RU hasil didikan diorang dan jasa diorang.. ayah is someone that amazing and is the true Hero in my life...he have doing many thing for me and i lucky have such a great ayah in my life!!

and sebab tu RU ada buat satu puisi yang takla A+++ sangat untuk seseorang yang bernama ayah,papa,pok,abi,daddy,abah and whatever la we all call them..tapi memang puisi ni ikhlas dari lubuk hati.. AYAH...love you so much..

sila klik untuk tumbesaran gambar..huhu..
ni puisi RU buat sendiri tau..huk9

okay,macam mana?okay tak puisi ni?huhu.. ayah...engkaulah wiraku!! ermmm...ok, tu jelah untuk entry kali ni..dan ingat..hargailah ayah anda selagi dia ada..jangan sia-siakan mereka..ingatlah jasa dan pengorbanan mereka untuk kita..

dan bagi yang dah kehilangan ayah tu, ayah anda tak pernah hilang..dia sentiasa ada di hati dan ingatan kita..selalulah sedekah kan doa,al-fatihah dan surah yassin untuk mereka..RU doakan mereka sejahtera kat sana dan di tempatkan di kalangan orang-orang yang beriman..  ermm..sebenarnya, korang mungkin beruntung jugak ayah korang dah tak ada..ok,bukan maksud RU nak kata tak ada ayah ni seronok..bukan!tapi sekurang-kurangnya, korang tak adalah nak sedihkan hati ayah korang dengan perbuatan2 korang kat mereka.. RU memang gembira masih ada ayah di sisi, tapi pada masa yang sama sedih sebab selalu jadi anak yang banyak melukan hati mak ayah dan impian mak ayah..dan kadang-kadang biadap dengan diorang.. betapa banyaknya dosa RU dengan parents tanpa kita sedar dan dengan kita sedar.. tapi RU akan cuba untuk berubah jadi anak yang solehah dan mengenang jasa mak ayah..

selagi diorang ada, i'll try to do da best and make them proud and jadi anak yang solehah dan doakan diorang... Ya Allah, thanks for the parents that you give to me..dan Ya Alllah, ampunilah segala dosa-dosa mereka dan kasihilah mereka sebagai mana mereka mengasihi ku sejak kecil..amin...

p/s:benci bila dengar berita pasal anak buang mak ayah..korang memang bodoh!
wassalam..
xoxo

2 comments:

  1. Selamat berkenalan Miss RU... Hehe.. Good Writing! :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. hahaha...selamat berkenalan naemah nadwah...huk9 :P

      Delete