Pages

the time is running ^_^

Saturday 30 November 2013

UiTM Machang di HATIKU part 2: roommatesku

Assalamualaikum w.b.t..
holla uolls!!!

okay, seperti yang di janjikan..kalau RU dah sihat RU nak sambung bercerita kisah di UiTM Machang kan? siapa yang tak berapa nak ingat and yang tak tau tu boleh klik sini ^_^..so here i come with the story!!hukhukhuk.. alhamdulillah, kesihatan dah bertambah ok.. tapi cuaca masih lagi hujan dan sejukk.... okay,untuk part 2 ni RU nak cerita pasal roommate RU sepanjang di UiTM...Alhamdulillah, sepanjang belajar di UiTM Machang, 5semester RU duduk di kolej bukannya di rumah sewa..berkat berperang habis-habisan mengutip kupon bersama roommate...hahaha...serious..ni bukan gurauan ok..fenomena semasa mengutip kupon di UiTM Machang ni semasa program memang dahsyat dan sukar untuk di jangkakan..kadang-kadang dah boleh jadi macam satu bencana tsunami ok!!haha.. tapi seriously RU tak berapa suka kutip kupon..tapi nasib baikla ada roommate yang baik yang suka sangat join peperangan kupon ni di medan..hahaha... diorang ni raja redah..RU just tunggu and tengok je..kih9

ok..roommate..benda ni la benda first yang RU fikir bila dapat masuk ke UiTM ni..risau dapat roommate yang entah apa-apa..tapi alhamdulillah, Allah bagi roommate yang semua baik-baik dan sporting and penyayang....(kpd roommate: errr..harap kalau korang baca korang xsengih lebor sangat ye.. :P)hehe..and kami berempat semuanya orang terengganu.,. so, kami memang rapat and banyak memori yang di kumpul bersama..even kami berempat tak sama class, kami still rapat lam bilik and kadang-kadang study sama..i miss that moment very much..tapi kami berempat akhirnya jadi bertiga.. salah seorang dari roommate RU ni dapat tawaran ke SPA sebagai nurse..masa tu awal semester 2..so tinggal la kami bertiga menunggu roommate baru..sobs..sobs..sobs..sedih sangat masa tu tau..kami dah bahagia plus happy dah berempat masa tu..tapi sampai sekarang kami still berhubung lagi.. :D

inilah kami!!
lovely roommate masa part 1 and part 2.. (yang bertudung hitam baju biru tu la bakal nurse sekarang!!)


lepas tu kami dapat roommate baru...sama umur tapi dia junior kami.. dia orang kelantan..Alhamdulillah dia pun baik jugak..dia sama perangai macam roommate yang dulu jugak..suka pink2 bagai.. haha..memang sama..dia banyak cakap dan baik..tapi tak lama pun dengan dia sebab masa part 3 dia tak dapat duduk kolej dan kena duduk rumah sewa..:( tapi kami masih rapat dan kadan-kadang jumpa sampai RU akhir semester.. 

then masuk part 3..oh ye..lupa nak bagitau..masa akhir part 2 tu, RU ingat lagi..RU gaduh besar dengan 2 roommate...huhu..sebab nya sorang roommate RU ni dapat jd JPK Kolej iaiyu jawatankuasa perwakilan kolej yang kami duduk ni..so, nak di jadikan ceritanya, next sem kami kena pindah la bilik duk bilik level 6!masa tu RU tak setuju dan tak nak sebab RU sayang bilik di level 3 ni..banyak kenangan.. :( dan dek sifat RU yang tak matang dan macam budak-budak ni (always!) RU pergi marah dia...tak patut kan???aish..menyesal bila ingat balik.. tapi kadang-kadang bila ingat balik kelakar jugak..hahah... tapi akhirnya kami berbincang elok-elok dan kami berdamai dan akhirnya kami pindah di bilik di level 6...sobs..sobss... (korang, sorry erk sebab perangai yang buruk masa tuh!!:( )

okay, bilik baru kehidupan baru dan roommate baru lagi!!haha...okay, kami dapat roommate junior part 1..budak perak.. kos lain dari kami.. dia jenis tak banyak cakap sangat..and dia kan adik..malu-malula tu..hukhuk...tak banyak sangat communication kami dengan dia..atau salah..yang sebetulnya tak banyak sangat communication budak tu dengan roommate RU yang dua orang tu..sepanjang 3sem bersama..RU je banyak communicate dengan si "adik" ni..hukhuk..aish.. (tapi memang RU banyak mulut pun..pot pet pot pet..) ok, tapi dia ok je..tapi ganas sikit..hehe..and nak tau??dia ada patung buaya!!ha??yes!! besar giler kot..siapa je yang datang melawat ke bilik kitorang mesti tertarik dengan buaya tu..unik kot..ni first time jumpa..haha...hebat2..

okay, semakin lama hubungan dengan roommate semakin erat dan SEMAKIN MENGGILA!!haha..perangai kami dalam bilik langsung tak matang dan horrible..haha...entah apa la kata adik junior kami ni..kahkah..tapi tulah yang memeriahkan suasana bilik kami... ^_^ errr -_-'
hehe..siapa yang selalu lepak bilik kami mesti tau la macam mana kami..kih8..tapi bilik kami sentiasa bersih ok..siapa yang masuk mesti puji bilik kami bersih selalu (okay, slot puji diri sendiri sikit..haha..."kembang") okay..RU nak cerita pasal sorang-sorang..

1: hadanur...dia ada blog -----> klik sini 
    
hadanur ni dia orang yang sangat active di UiTM...dialah yang banyak bantu RU dari segi meningkat kan kenyakinan diri dan ajak RU untuk turut sama active dalam pelbagai program di UiTM ni.. :) dia ni jugak seorang yang sangat up to date about fesyen..ada aje fesyen pelik2 yang dia nak buat..and ramai la kawan-kawan dia yang datang ke bilik untuk belajar pakai shawl sebab dia ni terror giler kot..and RU jadi alert pasal padanan baju dan tudung pun sedikit sebanyak sebab dia.. dia ni unik sikit...sebab apa??sebabnya kalau keluar je dari bilik, dia seorang yang sangat hyperactive tapi dalam bilik tak hyperactive sangat..huhuhu..tapi jangan pandang sebelah mata, dia sangat hebat dalam pelajaran..always get a good result and alwyas think positif...dia ni memang serba bolehla... luv u dear!! :*

2: naemah nadwah..dia pun ada blog---> klik sini

naemah, seorang gadis yang cantik dan ramai peminat.. RU and hadanur selalu jelez dengan minah ni..huhu...yelah, siapalah yang tak jeles kan??emmm...ok, dia ni selalu jugak la menjadi mangsa fesyen hadanur dan RU...haha..sorry naemah..kami suka suruh dan paksa dia pakai baju yang kami pilih..hehe.. and dalam bilik kalau bab buat air diala biasanya tolong buatkan..hehe... dia ni pun good in study..and always semangat bila buat assignment and creative..(RU je x..T_T) dia suka shopping tapi melalui online ^_~...and dia ni pulak perangai bertentangan denga hadanur..dia ni active dalam bilik and luar tak berapa active sangat (betulkan naemah??? :P)

3: adilah (dia ada blog jugak,tapi lupa nama blog dia..)
budak ni (suka sangat panggil orang budak) hebat woo...dia pandai silat and pandai melukis..and good in english.. mohon jeles k! dia ni nama je pendek and kecik tapi hebat..kadang-kadang kesian tengok dia,bila balik dari training je mesti ada kesan lebam dan luka..aish...ganas betoi la training.. -_-'

4: miss_RU
hahaahaha...RU??tak boleh nak cerita pasal diri sendiri..nanti angkat bakul sendiri je banyak..haha...tapi satu je yang pasti pasal RU ni....drama queen kuat!!!hahaha :P

inilah kami..we are roommate since semester 3 sehingga semester 5 <3


okay..tulah pasal roommate RU sepanjag 5 semester di UiTM Machang.. :D banyak suka duka yang kami dah lalui bersama yang dari tahap mental up sehingga la mental down..haha....RU rasa tanpa mereka siapalah RU dan RU tak akan berjaya hari ni.. diorang ni kuat study, jadi RU rasa kalau RU tak tengok diorang kuat study, RU tak akan study sama..dan banyak bab-bab belajar yang RU tak faham RU tanya diorang..diorang layan dengan sabar kerenah budak ribena ni..hoho.. naemah kata muka RU macam budak-budak (jahat kan dia?? T_T)

and nak tau??ada jugak yang kata muka RU macam cina...amoi.. TT_TT...nak tau siapa??nanti RU akan cerita lanjut di part 3 pulak okay!!RU tamatkan entry ni sampai di sini jela..

p/s:kepada roommate2 ku, tq sebab sabar melayan kerenah ku yang macam-macam and memang macam budak2 pun..and maaf sebab banyak pot pet pot pet and suka emosi dan marah2..tq for all moment together.. luv uolls and miss olls so much!!




wassalam...
~fi hifzillah~
xoxo

No comments:

Post a Comment