Pages

the time is running ^_^

Friday 15 November 2013

persahabatan vs kesakitan: part 1

Assalamualaikum w.b.t..
holla!!^_^

malam ni miss_RU nak story pasal persahabatan.. kadang-kadang pernah tak antara kita terfikir sebenarnya ada ramai yang tak tahu apa erti persahabatan dan apa gunanya persahabatan??

persahabatan pada pandangan miss_RU ialah, satu ikatan di antara manusia dan ikatan ini sangat erat dan hubungan mereka sangat akrab.. sahabat adalah seseorang yang rapat dengan kita, memahami kita dan selalu bersama kita di waktu susah dan senang..dan sahabat jugak adalah ibarat seorang cikgu kepada kita yang sering membantu kita,memberi nasihat kepada kita dan memperbetulkan apa yang salah..apa pandangan korang pulak??



miss_RU dah lalui macam-macam jenis dunia persahabatan.. sebenarnya, untuk harungi dunia persahabatan ini ianya sama jugak macam nak harungi dunia percintaan.. persahabatan jugak memerlukan ketabahan seseorang..sebab?? sebab dalam persahabatan jugak kita akan jumpa bermacam jenis kawan.. ada kawan yang akan jadi pembelot,penceria,pemisah dan macam-macam lagi..

miss_RU sendiri dah banyak kali rasa sakit hati.. salah satu peristiwa zaman sekolah yang susah untuk miss_RU lupakan walaupun kemaafan itu dah pun di luahkan.. kat sekolah dulu, kalau bab kenal-kenal lelaki melalui phone ni biasa lar..hukhuk n miss_RU salah seorang budak yang gatal gelenya itu..hehhe.. nak di jadikan cerita, miss_RU ada 3 orang sahabat yang rapat waktu tu..n salah seorang ni memang rapat dengan miss_RU, kebanyakan story miss_RU memang share dengan dia..

nak di jadikan cerita, suatu hari...(macam nak buat karangan BM A+..hahaha) ok,ada seorang lelaki mesej nom miss_RU dan kami mula la berkawan (orang gatal memang macam ni..aish) dan miss_RU mula rasa suka kat dia (kan dah kata..aish..asal la ko gatal sangat).. "dia caring,memahami dan kami banyak persamaan..macam kebetulan sangat..

pastu, miss_RU cerita la kat kawan yang rapat tu pasal laki ni..pasal miss_RU dah mula suka kt dia la..n si kawan ni, xbanyak pulak bagi respon..then miss_RU cerita jelah macam biasa..tapi rupanya, di sebalik tu, ada benda besar yang miss_RU xtau..ah lupa, kejadian ni mse form 3..lepas exam pmr..tapi masa tu xcuti ag..jadi kami pergi sekolah main-main je..

k, sambung balik..ha!masa kenal ngan dak laki ni, miss_RU menyamar..tipu nama..masa kemuncaknya (macam plot dah..) miss_RU bagitau la kat dia perkara sebenar..n dia marah n cakap xnak contact miss_RU lagi dah..ahhh!!bayangkan betapa luka dan sedihnya masa tu??hanya kerana tipu nama?i cannot accept!! then miss_RU cerita kat kawan dalam keadaan yang sedih..dia xbagi respon banyak jugak..aish..pelik..

beberapa hari kemudian, dalam kelas yang hanya ada miss_RU, dan 3 orang kawan.. muka diorang pelik n macam takut-takut.. diam..then salah seorang bercakap.. 

antara dialognya:
"miss_RU(ganti nama je ni :) )kami de benda nak bagitau..tapi jangan marah"
"apa dia?"
"sebenarnya, lelaki yang selama ni awak mesej tu nurul (bukan nama sebenar)..dia menyamar sebab nak kenakan awak..tapi tak sangka pulak awak..tuttt.."
"ha?! (diam..muka dah merah..tahan nangis)

lepas dengar pengakuan diorang..miss_RU terus keluar dari kelas tu n dah lupa dah lari entah ke mana..bayangkan?apa perasaan yang ada masa tu?kawan baik sendiri..bukan sorang, tapi 3 orang..sanggup menipu dan mempermainkan kawan sampai tahap macam tu!!  memang susah nak di lupakan..

lepas kejadian tu..kami memang xbertegur dan bercakap..naik form 4..miss_RU doa moga xdapat sekelas dengan mereka..dan doa makbul!! (errr..yeke??) naik form 5..kami still xbertegur dan bercakap..tau x??susah giler nak lupa benda tu?memalukan! tp dekat2 nak spm 2, kami dah bermaaf-maafan dan berbaik..tapi hakikatnya, sampai sekarang peristiwa tu xpernah hilang dari ingatan dan perhubungan kami xsebaik dulu dan hambar..

bermula dari tu, miss_RU selalu berhati-hati sebab takut untuk terkena kali kedua..cukuplah di khianati sekali saja..miss_RU jadi berhati-hati dalam persahabatan..takut terkena lagi.. TAPI!! kita hanya mampu merancang..Allah yang menentukan segalanya.. untuk kali kedua persahabatan menghampakan lagi jiwa dan perasaan miss_RU..

kejadian ni masa zaman diploma di universiti..nak tau kisahnya??kita sambung kat part 2 la k..hehehe...panjang sangat dah ni..nanti boring orang nak baca..huhu..




p/s:jangan sesekali mainkan perasaan sahabat anda..peace yoowww ('',)

wassalam..
xoxo


No comments:

Post a Comment