Pages

the time is running ^_^

Thursday 21 November 2013

persahabatan vs kesakitan part 2

Asslamualaikum w.b.t..
salam sejahtera..
holla uolls!!

erm...kali ni miss_RU ingat nak sambung bercerita pasal persahabatan la..hari tu miss_RU dah cerita sikit kan kat sini ...so hari ni ada sambungannya..ok, hari tu miss_RU bercerita pasal persahabatan semasa di zaman sekolah bukan?so kali ini miss_RU nak bercerita pasal persahabatan miss_RU ni zaman universiti..

untuk pengetahuan adik-adik yang masih bersekolah tu, zaman universiti ni bukanlah sesuatu yang terlalu menyeronokkan sebab kita fikir kita dah bebas..tapi zaman universiti nilah zaman yang penuh dengan cabaran yang kita kena tempuhi.. ianya macam satu fasa untuk kita hidup berdikari sebab jauh dari family..semuanya nak kena buat sendiri dan harungi sendiri.. jadi, masa zaman belajar diploma dulu, memang banyak gila la cabaran,suka duka yang miss_RU tempuhi.. bukan senang tau.. tapi miss_RU malas la nak cerita full pasal kehidupan masa diploma tu..nanti la lau kerajinan untuk ingat semua tu ada,akan ku coret di laman ini k..

so, pasal persahabatan di uni..miss_RU bersahabat empat orang..kami mula rapat masa part 2 kot..masa part 1 tu xberempat lagi..rasanya bertiga kot..lepas part 2 baru la berempat..rapat.. sepanjang di uni ni,macam-macam yang kami berempat tempuhi..suka duka semua bersama..and setiap seorang de kelebihan dan kekurangan masing-masing..tiada yang perfect di dunia ni.. so, memang macam-macam kami share..antara berempat ni, miss_RU paling rapat dengan si C..si A n si D miss_RU rapat x paling rapat..maybe sebab masa first masuk class dulu, si C yang first tegur and banyak cakap and kami suka gaduh..hehe..tapi lama-lama jadi paling rapat.. 

ermm..sepanjang perkenalan biasa la, ada pertengkaran, salah faham, xbertegur tu memang ada.. part 1 and part 2 xada sangat kot..masuk part 3 ada.. kami berempat...tapi si D xterlibat full sangat.. ni antara si A,B,C.. tapi paling kuat antara si A and si C..  bergaduh sebab si C xpuas hati si A terlalu sibuk berpersatuan sampai kami berempat berenggang and jarang bersama.. so si C terasa la.. and benda tu jadi berlarutan dan si A dengan xtau apa-apa mula terasa hati sebab rasa kami macam xlayan dia sangat masa dalam class.. sebenarnya si A, kami bukan xlayan sangat, tapi kami memang kadang-kadang xperasan kehadiran awak cz kebanyakannya kami tengah berbual.. sorry..

keadaan makin teruk bila si C melontarkan ketidak puasan hati dia kt si A melalui fb dan mesej.. masa tu memang miss_RU and si D xtau pun..jadi benda ni makin jadi parah..masa tu miss_RU asyik dengan  C and A ni dengan D..jadi D banyak luah rasa sedih kt D..jadi untuk pulihkan hubungan kami, si D aturkan satu pertemuan di bukit..^_^ kami semua pergi asing-asing..miss_RU pergi awal sebab nak tenangkan fikiran and call ayah untuk hilang kan kesedihan tu..ayah sedar kot masa tu suara anak dia sedih tapi miss_RU xbagitau pun..tak terluah...dan akhirnya kami berempat berkumpul dan meluahkan semua yang terbuku di hati.. bak kata orang, berkata benarla walau pahit sebab akan ada kemanisan yang akan muncul selepas itu.. :)

akhirnya kami berbaik semula dan lupakan apa yang berlaku..kami bermaaf-maafan dan hubungan kami bertambah erat.. tapi di sangka panas seharian, rupanya hujan di tengah hari (err..btol ke?aish~~) masa akhir nak part 4..ada kerenggaan berlaku di situ..tapi tak menampakkan sangat..hanya kami (miss_RU,A n D) je rasa kot..(yeke??) 

masuk part 5..benda yang di rasakan saja tu,memang betul..and benda tu bertambah parah bila ianya makin teruk..teruk dari part 3 dulu lagi.. kami bergaduh kerana pihak k-3..tapi kali ni 3 lawan 1..iaitu miss_RU,A dan D vs C.. kami terasa sebab C asyik berkepit dengan 4we dia yang mana budak class kami jugak start part 3.. tiap2 hari asyik berdua..kami dah xberempat lagi..benda tu buat kami sangat terasa.. benda tu makin berlanjutan sampai di akhir part 5 yakni di akhir kami nak habis diploma.. sangat mengecewakan hati dan melukakan..hanya ALLAH je yang tau macam mana perasan miss_RU masa tu..dahlah miss_RU paling rapat dengan C..sekali lagi miss_RU di sakiti dalam persahabatan.. 

masa bulan puasa, miss_RU gaduh dengan C and xbertegur sapa..ni antara miss_RU dan C saja..sebab masa tu miss_RU dah tak tahan sangat dah,akhirnya bertengkar.. tapi masa raya kami berbaik semula dan kami berharmoni semula.tapi xhabis sampai di situ..lepas tu C buat hal lagi..benda sama berlaku lagi..makin parah masa trip academic menggabungkan 3class.. kami langsung xbersama..sakit di hati makin bertambah parah dan luka semakin dalam.. xmampu untuk ku pandang lagi..dan makin sakit telinga mendengar bila seorang rakan class kami dapat mesej dari class lain mengatakan mereka sakit mata memandang C dengan P..kami xmampu buat apa,just mampu memandang dengan tidak dapat menerima hakikat..

lepas balik trip,kami makin teruk dan akhirnya gunung berapi meletus dan kami bergaduh besar sehingga sekelas tau dan class lain jugak tau..and our lecturer also know..sebab kami rapat dengan lec ni..serius masa tu, tahap tekanan miss_RU sangat tinggi..nak melawan untuk siapkan group assignment, nak lawan untuk hadapi final exam untuk last diploma and tekanan tu betol-betol parah..sampai satu masa tu, miss_RU dengan tebal muka pergi  bilik 2 orang rakan class and menangis depan 3 orang rakan kat bilik mereka..masa tu memang xmampu tahan lagi tekanan tu..semuanya diluah dan menangis semahu-mahunya.. Ya ALLAH..berat sungguh ujian masa tu.. dan kami memutuskan persahabatan itu..

tapi setiap ujian de hikmahnya..di sebabkan ujian yang berat itu, miss_RU semakin mendekatkan diri pada-NYA untuk mencari ketenangan diri..and alhamdulillah.. miss_RU mampu harungi dengan tenang dan beroleh kesabaran dan fikiran yang waras.. kalau xtenang n waras, memang ada masuk news pasal pelajar terjun bangunan..hahaha... ok..lepas exam berlalu, di fikiran ni,takut sangat, takut akan kegagalan sebab terlampau banyak dugaan untuk semester terakhir ni..tak tau la macam mana result nanti..

sebelum balik meninggalkan uni untuk kali terakhir, miss_RU meniggalkan sepucuk surat luahan hati miss_RU untuk C..miss_RU minta roomates miss_RU untuk selitkan di bawah pintu bilik C di pagi subuh.. ^_~ jangan di pendam,kalau tak makan diri.. dan kami pulang membawa haluan diri masing-masing.. semasa mengiringi kawan-kawan pulang, semuanya menitiskan air mata.. and semasa mengiringi D pulang, kami berpelukan untuk kali terakhir dan menangis..bukan kerana sedih berpisah,sebab akan jumpa lagi selepas ni, in shaa ALLAH..tapi sedih pengakhiran hubungan persahabatan kami berempat..rakan yang lain yang berada di situ, datang dan peluk kami untuk beri kami semangat.. YA ALLAH,terima kasih kerana mengurniakan ku kawan-kawan yang mulia..

ku ingat semuanya berakhir di situ, tapi tak..selepas result keluar, si C mesej dan ucap tahniah..dia mohon maaf..miss_RU xbalas sebab trauma dan xmampu nak membalas.. oh ye,alhamdulillah, walaupun semester akhir ni banyak dugaan, miss_RU dapat wat yang terbaik dan untuk semester akhir ni, miss_RU berjaya dapat dekan..alhamdulillah.. hadiah untuk parents.. oh,berbalik pasal tadi, miss_RU tak balas, lepas beberapa hari, meseje lain pula menyusul dari C..dia mohon maaf dan mengaku dan menceritakan sesuatu kebenaran yang memang miss_RU nak tau sangat..dan di pendekkan cerita yang memang dah panjang sangat ni..huhu.. kami berempat bebaik semula dan berjanji untuk berkumpul bersama dan berpelukan.. Alhamdulillah..

tapi, kemesraan miss_RU dengan C rasanya xmesra macam dulu kot..rasa ada jurang..ermm.. dalam cerita dulu pun miss_RU ada cakap macam ni jugakkan?lepas berbaik kami xmesra macam dulu.. sebenarnya, miss_RU jenis makan dalam..maksudnya, bila seseorang tu dah wat benda yang menyakitkan, miss_RU memang susah nak lupa and benda tu akan sentiasa bermain di layar fikiran ni.. memang miss_RU IKHLAS dah maafkan tapi kesan tu still akan kekal..memang miss_RU jenis susah nak lupa..dari dulu hingga sekarang susah nak ubah perangai ni..maaf..

erm..tak bermakna miss_RU dah terluka banyak kali dengan persahabatan, buat miss_RU jadi serik untuk bersahabat..tak sama skali..miss_RU ada lagi sahabat yang rapat..tapi nantilah miss_RU cerita lain kali k..yang ni special sikit sebab sejak sekolah rendah kenal dan start baik masa sekolah menengah.. ^_^

oklah..tu je kot kisah di sebalik persahabatan ni..maaf bercerita panjang.. (padahal bukan de orang baca pun :P)ok.. jadi kepada semua di luar sana, ingat, tak salah nak bercinta tapi biarlah berpada-pada dan ingatlah setiap kenangan dan kebaikan yang anda lalui bersama sahabat anda..jangan buta kerana cinta kerana ia belum tentu kekal menjadi milik anda.. :D

p/s: sahabat selamanya..tiada istilah perpisahan dalam persahabatan tetapi dalam percintaan memang wujud
p/s:setiap cerita sekadar untuk perkongsian bersama dan menjadikan tauladan bersama

:.masih mencari cinta dan mencari jodoh yang dapat menerimaku dan familyku seadanya (gatai).:

wassalam..
xoxo

2 comments:

  1. hmm...wound heals,, but scars not my dear...-kung fu panda2-
    biasala,, kita jugak manusia kn.. those pains that you've been through leaves both wound and scars right? x pe,, take time,, lame2 mgkin korg boleh berbaik mcm dulu... =) ad insan2 yg sntiasa support uollss... hehehe

    ReplyDelete
  2. aish..macam mana boleh jumpa ni..huhu..
    insya'Allah..tq coz always support and give advice... without all of u, i cannot make it.. :D

    ReplyDelete