Pages

the time is running ^_^

Wednesday 11 December 2013

10 kasut paling aneh

Assalamualaikum w.b.t..
holla uolls!!

kali ni RU nak share pasal kasut yang aneh.. pasal ni RU dapat bila terbaca dalam surat khabar sinar harian edisi Terengganu pada 9 disember 2013.. bila dah baca dan tengok, terfikir pulak nak share dalam blog ni..huhu..lagipun tengah tak ada idea sangat..lagipun RU ni memang gila kasut..rambang mata..so bila terjumpa article pasal ni, rasa nak share koleksi kasut aneh ni.. jom tengok 10 kasut yang aneh bersama sejarahnya!!

1-Kasut Lotus



asal kasut ni: China
tahun keluaran ialah: abad ke-10 hingga 2009
kasut ni dipakai oleh golongan wanita sebagai mewarisi tradisi masyarakat Han. ia dipakai sejak lebih 100tahun dan berasal dari utara Shanghai pada abad ke-19. selepas itu ia berkembang pada abad ke-20 ke wilayah selatan di Guangdong. kasut ini biasanya diperbuat daripada kapas atau sutera hitam dengan tumit rata. besi atau kancing kayu diletakkan pada tapak kasut bagi melindungi sulaman sutera bersulam dari kotor. mengikut sejarah, kasut ini dipakai oleh gadis bagi mengelakkan mereka lari dari rumah.. (aish..sesuai sangat la kalau anak-anak dara kat Malaysia ni pakai..xada la kes lari ikut lelaki..huk9)


2-But Ballet



asal kasut ni: Jepun
tahun keluaran ialah: 1980
but balet merupakan gaya kasut kontemporari. ia mula terkenal di Jepun ketika demam fesyen mula melanda negara itu. pemakai kasut ini biasanya terpaksa berjalan menggunakan tumit sama seperti aksa balerina.. (lenguh kaki,urat,tulang..haha)


3-Kasut Kayu Perkahwinan




asal kasut ni: Perancis
tahun keluaran ialah: abad ke-19
diperkenalkan di Lembah Bethmale, selatan Saint Girons di daerah Ariege. kasut ini dipakai pengantin.. ianya di perbuat daripada kayu. ia dicipta sebagai senjata ketika pencerobohan puak Moorish. kebanyakkan kasut ini diperbuat dari batang kayu dan akar pokok walnut. mengikut kepercayaan mereka, lebih tinggi muncung kasut itu, maka ia membuktikan lebih agungnya cinta mereka pada pengantin perempuan..


4-Padukas




Asal kasut ni: India
Tahun keluaran dia: 1700 (lama dh kot!!)
kasut ini asalnya di perkenalkan ketika majlis adat Padukas. Ia merupakan kasut tertua di India! dan di perbuat daripada perak,kayu,besi atau gading.. anehnya, si pemakai akan berasa seronok setiap kali merasai kesakitan ketika memakai kasut ini..(aish..kalau macam tu, RU pun nak try jugak!) bagi menghilangkan kesakitan itu, mereka akan menghisap candu sehingga khayal.. (okeah, tak jadilah nak try...huhu)



5-Kasut Tanpa Tumit



asal kasut ini: Itali
tahun keluaran kasut ini: 2007
kasut ini di perkenalkan oleh pereka Antonio Berardi pada 2007, dan di popularkan oleh Victoria Beckham setahun kemudian. walaupun kelihatan luar biasa dan amat tidak selesa, mereka yang memakainya tidak merasa sakit kerana pemakainya mampu mengimbangi badan ketika berjalan. namun, pakar rekaan kasut menyatakan kasut terbabit boleh menyebabkan kerosakan kekal pada kaki, lutut dan tulang belakang jika selalu dipakai..


6-Chopines




asal kasut ni: Itali
tahun keluaran: 1580 0_o
okay,kasut ni paling popular sekitar abad ke-17.. tingginya sekitar 5 inci dan harganya sangatttt mahal ketika itu. ia mampu dipakai oleh golongan bangsawan. ia di perbuat daripada kayu dan dilitupi sutera atau baldu. hiasannya juga dilengkapi dengan hias dengan renda benang perak.. kini hanya beberapa muzium masih menyimpan khazanah kasut ini.. (tapi dalam gambar macam buruk dah je...huhu..maybe dah di mamah usia sehingga tak nampak rupa renda dan sutera dah..hehe)


7-Kasut Kulit Lhoba Birch



asal kasut ni: Finland
tahun keluaran kasut ni: abad ke-20
sebelum abad ke-20, wanita membalut kaki mereka dengan kain sebelum memakai kasut ini. kasut ini diperbuat dari kulit kayu birch, linden atau kulit limau dan di gunakan oleh masyarakat di Norway, Sweden dan Rusia. jangka hayat kasut ini sekitar seminggu sahaja!!


8-Kabkabs


asal kasut ni: Lebanon
tahun keluaran ialah: abad ke-14!!
kasut ni di perbuat daripada kayu dan disaluti perak juga di kenali sebagai nalins.. ia digunakan oleh wanita di Timur Tengah untuk melindungi kaki dari kotoran??>< biasanya ia dipakai oleh golongan bangsawan untuk majlis perkahwinan ataupun rasmi. biasanya kabkabs mempunyai ketinggian 10 inci!! (ambik kau!tinggi kot!)


9-Kasut Tumit Tinggi Lelaki



asal kasut ni: Eropah
tahun keluaran ialah: 1700
kasut ini diperkenalkan oleh Raja Lotus XIV untuk menampakkan ketinggiannya. gaya dan hiasan biasanya memaparkan kemewahan dan status si pemakai. kini kasut ini tidak lagi di gayakan oleh lelaki.

10-Okobo


asal kasut ni: mestilah Jepun!
tahun keluaran: abad ke-18
terompah ni kebanyakannya dipakai oleh geisha sebelum era 70-an. ia diperbuat daripada kasut dan mempunyai ketinggian kira-kira 5inci. okobo bermaksud bunyi tapak ketika jalan.. (em..sesuai sangatla nama tu..huhu)


okay tula koleksi kasut aneh zaman dulu untuk tatapan semua.. jangan tengok kasut je, tapi baca jugak sejarah macam mana kasut ni boleh di keluarkan..moga dapat sedikit ilmu dari perkongsian ini.. :D

wassalam..
~fi hifzillah~
xoxo

2 comments:

  1. yg xleh blah yg boleh kekal seminggu tu je, kalo zuby rasanya i need to buy more than 200 of em kalo nk kekal setahun and tadi ada baca yg kasut boleh buat rasa happy, last2 sbb isap benda yg mengkhayalkan, ceit! tertipu jap 3 saat! a very informative entry. like it. :D

    ReplyDelete
    Replies
    1. huhu..smela..mula2 b'kenan jgk..haha..rupanya gmbira sbb laen..aish..
      tq sudi membaca!

      Delete