Pages

the time is running ^_^

Wednesday 11 December 2013

review novel Cik Bunga dan Encik Sombong

Assalamualaikum w.b.t..
holla uolls!!

okay, entry kali ni RU rasa nak share pasal satu novel ni. sebenarnya bukanlah terfikir sangat nak share pasal novel-novel ni kat blog ni. sebab RU memang ada buar review novel untuk satu belog ni..tapi biarlah rahsia blog mana.hehe..kerja penulis part time..dapat gaji :D




okay berbalik pada novel ni..tajuk dia biasa je..lebih kurang sama je dengan novel-novel lain.tapi RU terdetik nak share pasal novel ni sebab ia lain dari yang lain sikit..tapi sebelum tu, jom baca sinopsis novel ni dulu k..👇 

Sinopsis:

Aku? aku Intan Asnidar. mana cantikpun. kulit pun ala-ala hangut. kerja kedai bunga dengan gaji cukup-cukup makan. tak ada apa-apa yang istimewa tentang aku melainkan aku ada sebuah keluarga yang sangat bahagia.

Dia? dia memang segak. nama dia pun sedap, Harris Isqandar. kalau sekali pandang mesti tak nak lepas. kulit dia putih sampai mak ingat aku dah bawak balik orang Belanda masa aku bawa dia datang kampung aku buat kali pertamanya. tapi tak kisahlah semua tu, tak penting sangat. kemudian-kemudian nanti, rupa paras tu bakal duduk tempat keempat atau kelima.


Asal-asalnya, dia suruh aku jadi tunang terkejut dia sebabnya gadis yang sepatutnya jadi tunang dia pada hari itu sudah lari. okeylah sebab satu hari saja, kira aku tolong orang dalam darurat. tapi paling terkejut bila dia cakap, "okey Intan, mulai sekarang awak adalah tunang dan bakal isteri saya. sekiranya ada sesiapa kacau awak, tolong jangan berahsia dengan saya sebab kita bakal jadi suami isteri. suami isteri tidak boleh ada sebarang rahsia."


Terkejut amat aku. tapi sebelum tu mak dia, Datin Nora ada beri amaran kepadaku, "jangan mimpi nak jadi menantu saya!"


Ah! aku pun tak nak jadi menantu dia. tak berminat langsung. tapi sungguhkah kata orang, kalau sudah jodoh, tentu saja tak kemana. tinggal lagi, lama manakah rumah tangga tersebut bakal bertahan atau benarkah Intan Asnidar itu hak milik Harris Isqandar?



Penulis: Airisz
Harga: s/m RM22-s/s RM25
Terbitan: Karya Seni
Muka surat: 592p.
_________________________________________

okay..macam mana?nampak macam sedap tak?hehe.. cerita ni sweetla jugak sebab kisah bercinta lepas kahwin kan..(aish..tetibe gatai nak kahwin cepat2.sweet2 lepas nikah..hahaha) okeah!dah RU..hukhuk.. cerita ni bagi RU lain sikit.. jalan cerita ni mungkin lebih kurang sama dengan yang lain sebab konflik menantu dengan mak mertua yang mementingkan darjat.. almaklumlah, cik bunga je kot Intan ni..

tapi cerita ni best sebab, Intan seorang yang sangat kuat. dia tak cepat melatah dan menyerah. biasa sesetengah novel, jalan cerita sejibik macam drama indon. selalu mengalah dan percaya hasutan. then orang jahat sentiasa buli kaw-kaw..huh..boring jalan cerita macam tu..macam perempuan ni lemah sangat.. dalam novel ni, Intan sentiasa kuat hadapi Datin Nora,mak mertua dia yang gila darjat ni dan si gedik Erny bekas tunang Harris. Datin Nora ni selalu ganggu Intan sebab nak suruh Intan tinggalkan Harris dan Harris akan kahwin dengan Erny..

haha..dalam novel ni pun ada scene mak mertua tarik tudung and rambut Intan..dan scene Harris tarik rambut Erny sebab marah sangat.dan scene tampar menampar antara Erny dan Intan.. serius, sambil baca pun dah boleh bayang..haha.. tapi Intan memang a very strong person. even dia selalu kena maki dan hasut dek mak mertua dan si gedik tu, dia tetap kuat dan percayakan suami dia. she really good in manage the situation around her. lagipun, siapa tak sayang suami dan rumah tangga?so dia tak pernah mengalah. dan Harris dalam cerita ni pun, watak dia sangat matang dan pandai manage masalah jugak. 

Harris ni memang protect giler isteri dia. tapi dia ni tak pandai nak luah perasaan sayang dia kat Intan..kesian Intan duk tunggu Harris luah..dapat ke dia luah?macam mana?ha..baca sendiri..huhu.. dan Harris jugak dah merancang something yang istimewa untuk isteri dia ni..tapi dapat ke dia bagi benda istimewa tu kat Intan?sebab Harris terlibat dengan kemalangan semasa drive sorang-sorang dengan kereta Intan..aish.. :( kenapa boleh kemalangan? 

tapi yang pasti cerita ni santai dan tak banyak konflik.and cerita ni bila baca rasa indah je..sebab ianya berlatarkan keindahan sawah padi dan suasana kampung yang nyaman..so, kalau sesiapa yang berkesempatan ke kedai buku dan nak cari novel tu, carilah novel ni ye..sedap dan terbaik baq hang!!hehe..

p/s:emm...terfikir nak tulis sebuah novel jugak ni..tak salah mencubakan? tak cuba kita tak akan tahu.dan kalau cuba pun tak rugi.. :) pasal apa erk?

wassalam..
~fi hifzillah~
xoxo

3 comments:

  1. zuby 1st time baca novel time form 2 x silap. sbb zuby jenis gila komik. 1st novel yg zuby baca bisikan hati tu. dulu suka la citer2 yg bergenre romantis habesss nie. tp skrg, suka yg santai2 je. contohnya mcm buku2 dari syud and hlovet. kalo syud, citer dye x jiwang sgt, jiwang dye pown jenis yg logic, and lawak je. kalo hlovet pulak, citer dye berat2 sikit, ada isu agama, tp sgt best and bg byk positive input. biasanya akan baca novel dari JS, sebab temot yg kenalkan and mmg kena dgn cita rasa. citer yg eda tulis nie mcm jenis romatic kelakar ek? kalo ada kesempatan akan baca, insyaAllah :D wah! mau tulis novel? berusahalah okay. kat uitm puncak perdana, salah sorang graduan record mgt ada gak berjinak2 dalam bidang penulisan nie, tp dye start dgn tulis cerpen x silap. eda pown buat la :D

    ReplyDelete
    Replies
    1. oh..yeke?de link blog ke??
      insya'Allah akan mencuba..huhu..
      eda start baca novel mse drjah enam kot..huhu..kakak punya..n zman skol dlu mmg gler la bca novel ni..msuk skolh menengah mkin mnjd2 sbb skol sbelah library awam marang..tp tu dulu..start form 5 hingga skrg dah sdkit bosan bca novel genre jiwang2 ni..huhu..skrg more kpd genre misteri n menyiasat, thriller ..n novel hlovet pun eda ada bca..best..bab agama tu y bgs.:) and start bca JS sebab pnjam kt PTA..nvel JS byk kt PTA..

      Delete
    2. x sure link blog dia ada ke x tp org dapat taw pown sbb bukak fb image, kak rohana yg mpp dulu tu post kan pasal kakak tu, sebab cerpen dia masuk surat khabar.

      Delete