Pages

the time is running ^_^

Tuesday 10 December 2013

UiTM Machang di HATIKU part 3: rakan-rakan UiTM ku

Assalamualaikum w.b.t..
holla uolls!!

dah lama tak update..bukan sibuk pun tapi malas dan ketandusan idea untuk menulis..huhu.. so,perasan tak kat blog RU dah ada penambahan dan kelainan? (apala sangat yang lain ye?-_-') okeah! :P RU tambah beberapa widget dan mengubah sikit structure blog.ha siapa-siapa yang nak cari widget  kiut miut comel lote, bolehla terjah blog sini .. 

okay, seperti semua sedia maklum..RU belajar di UiTM Machang,Kelantan dan officially graduate as a student in diploma information management!yang tak tahu dan tak ingat jom review di part 1 and part 2.. selama dua tahun setengah a.k.a 5semester mengaharungi hidup as a student and find the ILMU.. and RU rasa bersyukur, dapat belajar di sini..sebab RU dapat jumpa ramai kawan dan macam-macam jenis ada..and ofcourse ianya banyak mengajar RU dan menjadikan RU semakin matang untuk menjalani kehidupan sebagai makhluk-NYA dia dunia ini.. kat sini RU bukan sahaja dapat pelajari ilmu dunia semata-mata tapi jugak ilmu agama ilmu akhirat.. ya Allah sesungguhnya RU rasa sangat bertuah dan bersyukur.. 

RU belajar di kelas D1IM110F..dari part 1 sampai part 5, setia bersama group F..diorang sangat sporting dan baik..n banyak event yang kami buat bersama dan harunginya sama-sama..terlampau banyak kenangan bersama mereka.. class yang majoriti di huni budak-budak perempuan dan majoriti orang Pahang..di ikuti orang Terengganu dan Perak,Pinang,Kelantan.. diorang ni,(budak perempuan la) kalau bab bergambar laju je..ada je action or gaya yang diorang akan buat.. bila tengok pic semula, tergelak sorang-sorang.. boleh jadi model untuk memperagakan pakaian or produk..hehe gambar-gambar kat bawah ni geng-geng class RU..sila cuci matanya..huhu

ragam kami masa part 1..masa ni lepas habis presentation group
rasanya..huhu.. tengah jalan pun boleh bergambar lagi.. :)

kami masa part 2..masa ni tengah prepare
untuk sesi photograph untuk group F ;) 

kami masa part 3..masa ni kami join program senam seni bersama RTM..
banyak kenangan time ni tau..huhu

kami masa part 4.. masa ni class kami buat program..
hanya class kami je..huhu.. travel  to terengganu..mintak bajet dengan HEA..hehe..cantik tak baju class kami?design sndri tau..tq towna and nad :D

kami part 5!!last semester.. kami konvoi beramai2 beraya sakan ke rumah2 lecturer dan geng2 class kami yang duk area kelantan..kenyang!!


kat UiTM ni jugak, macam RU kata, RU dapat jugak timba ilmu agama dan memantapkan lagi makanan rohani ni..RU ada join bulatan gembira..seminggu sekali akan ada.. dalam bulatan gembira ni la kami berkongsi pendapat dan ilmu dan dengar cerita2 tauladan dan bertanya jika ada yang tidak faham dalam isu agama.. dalam bulatan gembira ni jugak menjadikan RU sentiasa peka dengan isu-isu berkaitan agama kita; ISLAM dan mengenai isu-isu keadaan negara-negara islam yang di tindas dan keadaan orang-orang islam yang di seksa.. ia betul-betul menyedarkan RU betapa kuat dan tabahnya mereka di jalan Allah..adakah RU boleh jadi kuat seperti mereka?mempertahankan agama Allah? bolehkan aku berjihad dan syahid seperti mereka di sana?ALLAH!! jadi bulatan gembira ni menhindarkan RU dari terlalai dan sentiasa berada di landasanNYA.. Alhamdulillah RU berada di kalangan orang yang sentiasa mengingatkan RU kepada Allah dan Rasulullah..ni antara diorang yang join bulatan gembira ni.. miss all of them so much and miss to share ILMU with them.. <3

inilah kami geng bulatan gembira^_^
ada sorang lagi sebenarnya,Liza yang bersuara kiut..huhu
Alhamdulillah di pertemukan dengan mereka ^_~


di UiTM RU ada kawan yang sentiasa berada di belakang RU untuk berada di UiTM ni.. merekalah yang rapat dengan RU dan tahan melayan kerenah RU,sabar dengan sikap RU yang pemarah dan kuat emosi.. (menyusahkan orang je ko ni!! :P) mereka sahabatku yang paling di sayangi dan di rindui.. macam-macam penat lelah, susah payah dan suka duka yang kami harungi bersama-sama.. tak dapat di ungkapkan dengan kata-kata.. ke mana-mana, kami sering bersama.. i miss them so much and i really lucky get them as my sahabat..insya'Allah sahabat dunia dan akhirat..4 of us get together since part 1 and untill now..even many problem we have face and we fight, alhamdulillah, we can manage it and we still together.. nilah mereka :D

inilah kami..insya'Allah sahabat dunia akhirat :D

okay..itulah rakan-rakan di UiTM yang rapat dengan RU..ada ramai lagi, geng2 TDM,geng persatuan, and banyak lagi la..tapi tak mampu nak update semua..huhu.. tapi apa-apapun RU gembira dapat menimba ilmu di UiTM Machang nI!!hopefully siapa-siapa yang bakal menjadi next generasi student UiTM Machang, korang pun akan gembira jugak dan berasa bertuah!okeah!sampai di sini sahaja entry untuk kali ni..bubye!!

wassalam.
~fi hifzillah~
xoxo

2 comments:

  1. alaaaaa, rindunye dgn bulatan gembira, rindunya nak pergi blik madam. rindu3. betol. byk gile hikmah yg Allah kasi selama jejak kaki kat machang. alhamdulillah.

    ReplyDelete
    Replies
    1. kan..rnidu sangat2..siapalah ganti tempat kita skrg ni..huhu
      alhamdulillah..Allah sentiasa merancangkan sesuatu yang baik untuk hambaNYA..

      Delete