Pages

the time is running ^_^

Friday 27 December 2013

aku yang pelik

Assalamualaikum w.b.t..
holla semua ^_^

apa perkara pelik yang selalu korang buat??kalau masa kecik dulu tok sah kata la..hahha... mesti banyak benda pelik yang korang buat kan kan kan? tak nak mengaku sudah..sebab RU mengaku je..aish..malu pulak bila ingat..ha meh sini nak share benda pelik yang RU biasa buat masa tecik2 dulu..huhu.. confirm korang pun ada juga buat..


1. Buka kipas, cakap dengan kipas, nak dengar suara bertukar. 

2. Naik kereta, tengok bulan, ingat bulan ikut kita. 

3. Naik basikal, boleh lepas tangan dari 'handle', rasa hebat. 

4.Masa sekolah ada orang bagi milo free, lepas ambil sekali, menyamar jadi orang lain beratur ambil lagi. 

5. Lukis burung guna huruf 'm'.

6. Lukis matahari di penjuru atas kertas lukisan dan antara bukit.

7.Masa kecil fikir bentuk hati macam ni ""

8. Tutup peti ais dengan perlahan, sebab nak tengok bila lampu dia mati.

9. Main belon sabun dalam bilik air time tengah mandi . 1 jam dalam bilik air.

10. Fikir dunia kartun memang wujud.

11. Makan gula-gula getah. Lepas tu jilat sampul dia sebab nak tepek tatoo kat tangan.

12. Gigit kulit nugget dulu kemudian baru makan isi sebab tak nak cepat habis.

13. Koyak tengah-tengah buku latihan sebab nak buat kapal terbang, sampan, origami.

14. Susun kusyen dan buat seni binaan.

15. Fikir sticker lesen P dengan L kat kereta P untuk perempuan, L untuk lelaki.

16. Kawan terpijak kasut sekolah, lepas tu pijak kasut dia balik.

17. Lepas abes peperiksaan akhir tahun, guna buku matematik buat main SOS.

18. Beli sharpener yang ada cermin sebab nak betulkan tudung, main pantul cahaya. Lepas tu tak bagi kawan tiup takut tumpul.

19.Hembus nafas kat cermin tulis saya sayang awak.

20. Anggap zaman dahulu dunia berwarna hitam putih sahaja.

21. Tuang air panas dalam piring sebab nak bagi sejuk, kemudian minum dalam piring.

22. Tak bagi kawan korek pensel di kedua-dua hujung nanti mak mati.

23. Bila blackout, pakai lilin buat pelbagai aksi dengan bayang-bayang.

24. Sebelum minum susu kotak, koyak dulu tepi dia, tengok sama ada tanda + atau -. Orang cakap kalau tanda -, tak boleh minum. Pastu terus buang. Haha

25. Susun snek bentuk cincin (Super Ring) pada setiap jari kemudian makan satu persatu.

26. Tengok tanda kat tapak tangan. Kalau berbentuk K bermaksud nanti jadi orang kaya kalau berbentuk M nanti jadi orang miskin.

27. Tak bagi kawan join masa main. Kalau nak join jugak dengan syarat kena main Ti Ai Pi Yu..

28. Ingat kalau tertelan biji, pokok akan tumbuh dalam perut. 



ha macam mana?ada dalam list korang jugak kan? :P
and dah besar ni pun still ada lagi tabiat teruk RU..huhu..

1. kalau time tidur, RU suka buka lampu..

bukan lah takut, RU bukan seorang yang penakut okeah!!tp entah kenapa, tabiat tu sukar untuk dilupuskan..sampai baru-baru ni ayah RU bising..huhu..sebab ye la, sekarang kan cuti, so duduk kat rumah je lah..jadi lampu tiap2 malam asyik terpasang dari malam ke pagi..ayah pun marah la, bil dah makin melambung tinggi..hohoho.. so, start pertengahan bulan 11 RU belajar tidur dalam gelap..susah wooo nak tidur..huhu..dan lagipun, salah satu sebab RU tak suka tidur dalam gelap ialah sebab gangguan nyamuk..mana RU pergi, mesti ada nyamuk..orang lain tak kena pun!sakit pulak aty kite ni..so, untuk mengurangkan (kurangkan je,still ada jgak ganggu) gangguan nyamuk, kenala pasang lampu..hehe.. 

tapi disebabkan kesian kan ayah,nak kena bayar bil mahal, belajarla tidur lam gelap..tapi pukul 6 petang tu, dah pastikan pasang ubat nyamuk awal-awal..hehehe.. TAPI!! dari luar nampak RU tidur lam gelap, sebenarnya RU pasang pulak lampu dekat phone..kat sesetangah handphone ada torchlight..hehe..RU punya ada torchlight y lighting dia memang terbaik..huhu..so, tidurla berlampukan torchlight tu..tapi jangan risau, xmembazir sangat sebab lampu tu akan tertutup sendiri lepas 30minit..hehe..

2. kalau masuk bilik air, suka buka lampu..-_-'

 ni pun pasal lampu..aish..kalau masuk bilik air, tak kira la malam or siang, RU mesti buka lampu..aish.. rasa macam kurang tau kalau tak ada lighting ni..even bilik air tu punyala terang bederang dengan cahaya matahari yang masuk, RU still akan buka lampu..yang ni memang susah nak ubah..nasib baik lampu kat tandas awam memang 24hours buka..hehe

3. tak suka sos cili,lada or segala keturunannya..

o_0 pelik??RU pun pelik sebenarnya..kenapa tak suka makan and anti giler dengan benda alah ni.. nak kata ada trauma atau kejadian buruk pernah berlaku, seingat RU memang tak ada..tapi tulah entah kenapa.. mak ngan ayah dah bising..haha..sebab katanya, macam manalah dah kahwin nanti..tok laki hang nak makan apa tak ada lada,sos cili, belacan and segala mak nenek tu??HAHAHA..jawapan RU senang je, alah buat jelah,tapi makan sorang ok..kahkahkha..boleh tak buat macam tu? kawan-kawan RU semua pelik dengan perangai RU ni..ada yang tak tau dan ada yang tau..bagi yang tau tu, thanks kerana memahami ku..tapi ada yang tau tu, sampai sekarang masih mempertikaikan dan membahaskan kenapa kenapa dan kenapa??hahaha...(mana aku tau wei!!)

4. binatang paling ditakuti di geruni NYAMUK

seriously, banyak-banyak binatang kat dunia ni, RU paling tak boleh dengan nyamuk..pergila mana-mana pun,akan fikir nyamuk dan jumpa nyamuk!orang lain kalau pergi camping fikir pasal pacat,lintah or binatang berbisa lain..tapi RU cuma fikir 1 je, nyamuk.. RU tak takut pacat and lintah..biasa-biasa je..even masa first time kena pun, cabut jelah.. (bukan cakap besar k)..entah kenapa nyamuk ni musuh tradisi RU.. mana-mana pergi mesti ada la..masa duduk kat kolej, orang lain tak ada pun kena nyamuk..roommates pun semua selamat ke..tapi RU?bila bangun je tidur, mesti ada kesan bintik-bintik merah hasil kerja kuat nyamuk..bila balik rumah, family tak ada pun yang kena, tapi RU??ibaratnya akulah juara bagi gigitan nyamuk..HAHAHA..

5. berus gigi lama-lama -_-'

nak kata gigi putih,tak putih mana pun..tapi kalau gosok gigi, punyala lama..kalau pagi-pagi, masa untuk duduk dalam bilik air tu, separuhnya adalah untuk gosok gigi..==' RU pun tak tau kenapa..family sokmo bising sebab lama sangat duk lam bilik air..tdo ke apa??hahaha.... sbb gosok gigi la..RU ada bermacam cara masa gosok gigi tu..tu yang lama sangat kot..sangat tak boleh di terima pakai..lepas tu, time gosok gigi, RU tak boleh gosok gigi kat sink and tengok cermin, rasa macam tak kena je..and masa gosok gigi tu air mesti pasang sebab RU tak suka suasana sunyi masa duduk dalam bilik air.. banyak betul pembaziran yang berlaku kan??


ha..itulah sedikit perkongsian yang entah apa-apa..dan penuh dengan aktiviti pembaziran..tapi sekarang RU tengah belajar untuk mengelakkan pembaziran tu..huhu..kan membazir itu amalan syaitan..

Islam amat melarang umatnya melakukan pembaziran sehingga Allah SWT menyifatkan orang-orang yang suka membazir itu sebagai saudara syaitan. Firman Allah SWT yang bermaksud,“Sesungguhnya orang-orang yang melakukan pembaziran itu adalah saudara-saudara syaitan, sedang syaitan itu pula adalah makhluk yang sangat kufur kepada Tuhannya” (Surah al-Isra’: 27).

wassalam..
~fi hifzillah~
xoxo

2 comments:

  1. hahaha. byk gile kot yg zuby buat jugak. biasalah, masa kecik imaginasi tinggi. hrmmm, kalo eda rasa xleh tidor malam if x psg lampu, try la beli lampu tidur. sebab lampu tu cume keluarkan cahaya redup je, mmg khas utk org yg xleh tidor dalam gelap and x byk membazir sgt kalo guna lampu tu sbb tenaga dia sikit je :) pasal gosok gg tu, terus trg, zuby pown mcm tu, x tutup pown paip air kalo tgh gosok gg, tp sbb kakak selalu membebel so skrg sedaya upaya cuba kikis perangai ni. ye la. mcm yg eda ckp, pembaziran tu x bagus. :)

    ReplyDelete
  2. kalu sy la eda,, gosok gigi tyme tgh mandi.. hahaha.. tp kalu pagi2,, mmg gosok gigi x de lah pulak bg air kluar je.. sbb dulu kne bebel ngan ayah.. hahaha...

    byknyeeeeeeee bnda same yg kita buat tyme kecik2 duluuuuu... gelak sorg2! hahahaha....tapi yg tgk tapak tangan tu...x de pulak nk buat.. haha.. pastu yg koyak susu kotak tu.. haaa.. 2 nie je yg sy x buat.. hahaha.. tapi.. best entry nieeeee!!!!!

    ReplyDelete